Senarai Biasiswa JPA dan Latihan Kerjaya Tajaan JPA dan Badan Asing - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Senarai Biasiswa JPA dan Latihan Kerjaya Tajaan JPA dan Badan Asing

Biasiswa JPA sebenarnya banyak terdiri daripada kemudahan Tajaan Biasiswa dan Latihan Kerjaya kepada para pelajar dan penjawat awam di Malaysia untuk mengikuti kursus-kursus pengajian pelbagai peringkat di dalam mahupun luar negara.

Secara ringkas, tajaan dan latihan JPA ini terbahagi kepada dua (2) kategori utama iaitu Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).


Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP)
Program-program penajaan untuk pelajar-pelajar yang belum berkhidmat dengan Kerajaan seperti:


Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Program-program penajaan kursus jangka masa panjang dan pendek untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan. Selain itu, terdapat juga beberapa program penajaan badan asing yang turut dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

KURSUS JANGKA PANJANG (PENAJAAN JPA)

KURSUS JANGKA PENDEK
  • Program Pembangunan Eksekutif di NHI
  • Young Leaders Programme (YLP)
  • Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea
  • Program Sangkutan Dan Pembangunan Pengurusan JPA - British Malaysian Chamber Of Commerce (BMCC)
  • Program Sangkutan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Di Syarikat Swasta Republik Persekutuan Jerman (CDC)
  • Economic Partnership Program (EPP) - Junior / Middle

KURSUS JANGKA PANJANG (TAJAAN BADAN ASING)
  • Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarships - Teacher's Training / Postgraduate (Research Student) / Young Leaders Program / Japanese Studies / Undergraduate Studies
  • MOST Taiwan Scholarship Program / Taiwan ICDF Scholarship Program
  • Biasiswa Komanwel - New Zealand Commanwealth Scholarships / United Kingdom Commanwealth Scholarships
  • Biasiswa Lee Kuan Yew
  • Japan-IMF Scholarships Program for Asia (JISPA)
  • KDI School of Public Policy and Management (Korea) - Fall / Spring Intake
  • Chevening Scholarships

Senarai tajaan pendidikan di atas merangkumi pelbagai biasiswa dan pinjaman boleh ubah untuk penajaan kursus jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

Kebanyakan tajaan untuk program Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) adalah berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Apa itu PBU? Penerangan ada di bahagian akhir tulisan ini.

Sekarang mari kita kenali jenis-jenis tajaan tersebut satu persatu.

1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman (JKPJ)

Program JKPJ merupakan penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM bagi mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Bidang pengajian hanya ditawarkan oleh negara tertentu seperti berikut:
  • Kejuruteraan: Jepun, Korea Selatan, Perancis, Jerman
  • Sains & Teknologi: Korea Selatan, Jerman
  • Sains Sosial: Perancis

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

2. Program Penajaan Nasional (PPN)

Program PPN merupakan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Permohonan program ini hanya dibuka khusus kepada calon yang terlibat sahaja dan perlu mengisi profiling secara atas talian.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang. Senarai 20 universiti ini melibatkan tiga buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

3. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)

Program LSPM merupakan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Permohonan program ini hanya dibuka khusus kepada calon yang terlibat sahaja dan perlu mengisi profiling secara atas talian.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

4. Program Penajaan 9A+

Program ini merupakan penajaan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada) untuk melanjutkan pengajian keuniversiti-universiti di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.

Antara senarai program Persediaan yang ditawarkan di bawah Program Penajaan 9A+ adalah seperti berikut:
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Asasi Universiti Awam (UA): Asasi UIAM, Asasi Sains UM, Asasi UNIMAS, Asasi UMS, Asasi UniSZA, Asasi Pengajian Islam UM, Tahmidi USIM, Asasi UKM dan lain-lain
  • Program ASASIpintar, Pusat PERMATApintar Negara
  • Program Persediaan di International Islamic School
  • Foundation IPTS di Institusi-institusi terpilih: Foundation Programme, A-Level, International Baccalaureate (IB) Diploma Programme, AUSMAT

5. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

PIDN adalah penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang sama ada di Universiti Awam, Politeknik Premier atau Government Linked University (GLU) yang ditetapkan oleh JPA.

6. Program Dermasiswa B40

Program ini disasarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil profesional daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 khususnya bidang TVET dan Sijil Profesional yang mempunyai prospek tinggi dalam industri.

Penajaan melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institusi Kemahiran Awam dan Government Linked University (GLU).

7. Program Universiti Perdana (UP)

Penajaan ini ditawarkan kepada calon-calon yang dicalonkan oleh Universiti Perdana di bawah Universiti Perdana - Royal College Of Surgeons Ireland (UP-RCSI) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Pemilihan calon yang layak adalah berdasarkan profiling atas talian di mana pihak Universiti Perdana menghantar pencalonan nama pelajar yang bakal ditemuduga dengan kaedah Student Assessment Centre (SAC).

8. Program Pelajar Cemerlang (PPC)

Penajaan kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama / Sarjana tajaan JPA bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan teknikal, sains dan teknologi serta sains sosial di universiti yang dikenal pasti dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

MAKLUMAN: Permohonan online PPC Tahun 2020 (Peringkat Sarjana dan PhD) akan mula dibuka pada 10 Februari 2020 bermula jam 9:00 pagi sehingga 16 Februari 2020 jam 4:30 petang.

Calon yang ingin memohon perlu mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran.


8. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)

BYDPA ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negara secara sepenuh masa.

Tajaan ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (Ph.D) setiap tahun.

9. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

HLP adalah penajaan kepada pegawai-pegawai kerajaan dari Kumpulan P&P bagi mengikuti pengajian ijazah lanjutan secara sepenuh masa di IPT dalam dan luar negara.

Penajaan tidak termasuk pegawai perkhidmatan bukan gunasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), Agensi / Badan Berkanun yang telah diswastakan /dikorporatkan / diasingkan sistem saraannya.

10. Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB)

HLPSB pula merupakan penajaan kepada pegawai-pegawai kerajaan dari Kumpulan P&P bagi mengikuti pengajian Ijazah Lanjutan secara separuh masa di IPT dalam dan luar negara.

Penajaan tidak termasuk pegawai perkhidmatan bukan gunasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Agensi/Badan Berkanun yang telah diswastakan/dikorporatkan/diasingkan sistem saraannya.

11. Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah / Sarjana Kaunseling (SPADA)

Biasiswa SPADA adalah tajaan kursus latihan kepakaran untuk pegawai-pegawai yang terlibat dalam tugas-tugas berkaitan dengan pengendalian / pencegahan / penguatkuasaan dan pemulihan penagihan dadah dan memiliki Ijazah Pertama dalam bidang kaunseling / bimbingan kaunseling.

Program ini dikendalikan secara sepenuh masa oleh USIM dan UMS.

12. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana (CBBPDBKP)

Biasiswa ini disasarkan kepada Kumpulan Pelaksana bagi mengikuti pengajian di peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (TVET), Diploma dan Ijazah Pertama secara sepenuh masa.

Terdapat dua (2) bidang pengajian di bawah program ini:
  • Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (12 hingga 24 bulan) dan Diploma Kemahiran Malaysia (24 hingga 36 bulan) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK); dan
  • Bidang keperluan guna tenaga perkhidmatan awam bagi kemasukan peringkat Diploma (36 bulan) dan Ijazah Pertama (48 bulan); kecuali bidang professional / kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar dan Undang-Undang seperti. Bidang Pendidikan terhad kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sahaja.


13. Program Pembangunan Eksekutif di National Human Resources Development Institute (NHI) Republik Korea

Tajaan ini menyediakan latihan kepimpinan dan pembangunan sumber manusia kepada pegawai kerajaan Malaysia yang tergolong dalam kumpulan berikut:
  • Kump. Pelaksana Gred 27-40
  • Kump. P&P (Junior) Gred 41-44
  • Kump. P&P (Senior) Gred 48-56

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang falsafah dan nilai-nilai positif yang dimiliki oleh bangsa Korea serta mengeratkan hubungan dua hala di antara akedua-dua buah Negara. Modul kursus adalah berbentuk ceramah, kajian kes, lawatan ke agensi kerajaan, pusat sejarah dan kawasan industri.

14. Young Leaders Programme (YLP)

Program Biasiswa YLP bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai muda dari Kumpulan P&P Gred 41 ke atas untuk mempelajari serta menghayati budaya dan sistem pengurusan Jepun.

Calon-calon yang terpilih dapat menimba ilmu pengetahuan / pengalaman dan bertukar-tukar idea dalam bidang pengurusan sumber manusia, kebajikan dan sosial, pembangunan alam sekitar dan industri kecil sederhana

15. Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea

Program biasiswa ini dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1995.

Tajaan ini terbuka kepada pegawai kerajaan daripada Kumpulan Pelaksana Gred 1-40 untuk mempelajari, menghayati dan mencontohi budaya dan etika kerja serta nilai-nilai positif masyarakat Korea serta menjalin hubungan rapat dan kerjasama di antara masyarakat Malaysia dan Korea.

16. Program Sangkutan Dan Pembangunan Pengurusan JPA - British Malaysian Chamber Of Commerce (BMCC)

Tajaan ini sudah dilaksanakan sejak tahun 1983 dengan kerjasama British Malaysian Chamber of Commerce yang menyasarkan pegawai-pegawai kerajaan kumpulan P&P (Gred 48 – 56) yang telah berkhidmat sekurang–kurangnya 10 tahun.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan Pengurus Perkhidmatan awam kepada persekitaran kerja sektor korporat British serta menjalin rangkaian kerjasama dan perantara Perkhidmatan awam Malaysia dengan sektor korporat antarabangsa.

17. Program Sangkutan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Di Syarikat Swasta Republik Persekutuan Jerman (CDC)

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 1998 dengan kerjasama CARL DUISBERG CENTREN (CDC), Republik Persekutuan Jerman. Permohonan terbuka kepada pegawai-pegawai kerajaan dari kumpulan P&P yang berada dalam Gred 48-54 dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam perkhidmatan awam.

Objektif program adalah untuk mendedahkan pengurus-pengurus perkhidmatan awam kepada persekitaran kerja, teknik-teknik pengurusan dan pemikiran sektor korporat Republik Persekutuan Jerman khususnya dan Eropah amnya, di samping menjalin dan mempereratkan rangkaian perhubungan, kerjasama dan perantaraan perkhidmatan awam Malaysia dengan sektor korporat antarabangsa.

18. Economic Partnership Program (EPP) - Junior / Middle

Tajaan ini merupakan salah satu program di bawah Economic Partnership Programme (EPP) untuk melatih peserta dalam bidang pengurusan dan pentadbiran khususnya di dalam bidang Management Training.

Ia bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan ala Jepun di samping memperolehi pengetahuan berkaitan nilai-nilai positif masyarakat Jepun.


19. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarships

The Government of Japan offers the following scholarship programmes each year for Malaysian nationals to apply. Interested applicants are advised to read the guidelines carefully. Unless stated otherwise, scholarship applications should be made to the Embassy of Japan, Kuala Lumpur. Please note that the requirements and application period differ among these programmes:
  1. Undergraduate Studies
  2. Postgraduate (Research Student)
  3. Young Leader's Programme (YLP)
  4. Japanese Studies
  5. Teacher-Training

20. MOST Taiwan Scholarship Program

The MOST Taiwan Scholarship Program is offered by Ministry of Science and Technology (MOST) of the Republic of China (Taiwan) for Malaysian students to pursue Master or Doctoral Degrees in Taiwan.

The award period for each study program varies as follows:
  • Master program: maximum 2 years, monthly stipends NT$30,000
  • Doctoral program: maximum 3 years, monthly stipends NT$30,000

The MOST Taiwan Scholarship Program provides only monthly stipends to scholarship recipients. The costs of tuition, housing, books, medical insurance, airfare to Taiwan and other expenses will be defrayed by themselves. All candidates must apply for their chosen universities in Taiwan for degree programs at the same time.

21. Taiwan ICDF Scholarship Program

The scholarship program enables Malaysian students to pursue specified Master or Doctoral Degree program in 21 Partner Universities of International Cooperation of Development Fund (ICDF). There is a total of 31 study programs available for the scholarship application.

The TaiwanICDF provides each scholarship recipient with a full scholarship, including return airfare, housing, tuition and credit fees, insurance, textbook costs, and a monthly allowance.

22. New Zealand Commonwealth Scholarships

This scholarships provide opportunities for individuals from selected developing Commonwealth countries including Malaysia to undertake postgraduate study at the University of Auckland, New Zealand.

The scholarships are awarded to candidates of strong academic merit who are expected to make a significant contribution to the development of their home country following completion of their studies.

23. United Kingdom Commonwealth Scholarships

Funded by the UK Department for International Development (DFID), Commonwealth Scholarships enable talented and motivated individuals to gain the knowledge and skills required for sustainable development, and are aimed at those who could not otherwise afford to study in the UK. These scholarships are offered under six themes:
  • Science and technology for development
  • Strengthening health systems and capacity
  • Promoting global prosperity
  • Strengthening global peace, security and governance
  • Strengthening resilience and response to crises
  • Access, inclusion and opportunity

24. Lee Kuan Yew School of Public Policy Scholarships

The two-year full-time Master in Public Policy (MPP) programme at the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP) in Singapore provides rigorous training for a strong foundation in policy analysis, programme evaluation and management. The course provides all applicants with opportunities to work on complex issues which shape national, regional and global policies.

Upon enrolment, applicants can opt to specialise either in economics and development, politics and international affairs, or management and leadership.

25. Japan-IMF Scholarship Program for Asia (JISPA)

The Japan-IMF Scholarship Program for Asia (JISPA) supports graduate studies in macroeconomics or related fields in leading universities in Japan. It provides educational opportunities to promising junior officials from central banks, ministries of finance and other economic agencies in the Asia-Pacific region, aiming to build their capacity in economic policymaking to support sustainable growth and development in their own countries and the region.

The program was first introduced in 1993,and is funded by the Government of Japan and administered by the Regional Office for Asia and the Pacific (OAP) of the International Monetary Fund (IMF).

25. KDI School of Public Policy and Management (Korea)

The KDI School admits students twice a year and scholarship opportunities are available each admissions period. Please see the general overview of KDI School's admissions process.

The admissions information may change every year and finalized information is announced through application guideline, which is posted each admissions period.

26. Chevening Scholarships

Chevening is the UK Government’s global scholarship programme that offers future leaders the unique opportunity to study in the UK. These scholarships are awarded to outstanding professionals from all over the world to pursue a one-year master’s degree in any subject at any UK university.

Chevening provides fully-funded scholarships, leaving you free to focus on achieving your academic goals and enjoying the experience of a lifetime. You will live and study in the UK for a year, during which time you will develop professionally and academically, grow your network, experience UK culture, and build lasting positive relationships with the UK.


Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dalam Model Baharu Penajaan JPA?

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di mana perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:
  • Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian mengikut tempoh yang telah dipersetujui di dalam perjanjian;
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; atau
  • Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar tidak bekerja atau bekerja di luar negara, memilih untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.

Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Unit Keurusetiaan Strategik, BMI

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)