Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Pengajian Jepun (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) 2020 ditaja oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) dan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin belajar selama setahun di universiti Jepun terpilih sebagai pelajar Pengajian Jepun (kursus non-degree setahun bermula dari Oktober 2020) untuk mendalami kefahaman berkaitan bahasa, hubungan dan budaya Jepun.
Sepanjang tempoh biasiswa, pemohon yang berjaya akan menerima elaun bulanan sebanyak 117,000 yen (ang. RM4,400) - jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.
Garis Panduan Permohonan
Buku Panduan Kursus Pengajian Jepun
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
Sepanjang tempoh biasiswa, pemohon yang berjaya akan menerima elaun bulanan sebanyak 117,000 yen (ang. RM4,400) - jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.
Proses Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Pengajian Jepun (MONBUKAGAKUSHO: MEXT):
- Januari - Februari: Hantar borang permohonan sebelum tarikh tutup.
- Mac: Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan untuk menghadiri sesi temuduga.
- Ogos: Makluman keputusan akhir temuduga.
- Oktober: Berangkat ke Jepun.
Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Pengajian Jepun MEXT:
- Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2020 (dilahirkan antara 2 April 1990 dan 1 April 2002);
- Pemohon mestilah siswazah tahun 2 atau tahun 3 (bukan pelajar tahun akhir) yang major dalam Bahasa Jepun atau Kebudayaan Jepun di mana-mana universiti selain universiti di Jepun;
- Pemohon mestilah mahir dalam bahasa Jepun;
- Permohonan mesti sampai di Kedutaan Jepun di Malaysia sebelum pukul 4 petang pada 14 Februari 2020.
Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Pengajian Jepun:
Sila muat turun Garis Panduan Permohonan, Borang dan Buku Panduan Kursus Pengajian Jepun di bawah: Borang Permohonan Biasiswa Pengajian Jepun MEXTGaris Panduan Permohonan
Buku Panduan Kursus Pengajian Jepun
- Sebarang permohonan yang lewat atau dokumen tidak lengkap sebagaimana yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan;
- Semua borang permohonan dan dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan;
- Keputusan yang dibuat oleh Kedutaan Jepun adalah muktamad;
- Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui emel dan surat) untuk menghadiri temuduga yang dijangka berlangsung pada awal bulan Mac 2020;
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2177-2600 (samb. 157/146).
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Kedutaan Jepun
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Kedutaan Jepun