Permohonan Biasiswa JPA - Program Penajaan Nasional (PPN) Peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama | Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2020.
Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada 50 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara pinjaman boleh ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK) seperti yang disenaraikan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, Times Higher Education (THE) World University Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti atau bidang pengajian.
Kursus Persediaan - Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama 24 bulan.
Ijazah Pertama - Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti terbaik dunia di US dan UK seperti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings, THE World University Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities berdasarkan kedudukan universiti dan bidang pengajian.
Sekiranya pelajar menamatkan kursus persediaan dan melepasi cut-off point (COP) yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama namun tidak mendapat tempat di 10 universiti terbaik dunia di US dan 10 universiti terbaik dunia di UK seperti yang disenaraikan (QS World University Rankings, THE World University Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities), pelajar akan ditamatkan dari program PPN dan boleh diserap masuk ke program dalam negara.
Pelajar hanya ditaja untuk mengikuti pengajian di universiti di dalam negara tertakluk kepada pelajar mendapat tempat pengajian di institusi pengajian dalam negara yang ditetapkan Kerajaan dan melepasi syarat-syarat akademik.
Daftar Permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) 2020 Semak Senarai Nama Calon eProfiling Online Program Penajaan Nasional (PPN) JPA
Lampiran A: Senarai Bidang dan Universiti Yang Ditaja Di Bawah Program Penajaan Nasional 2020
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mac 2020 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

Syarat Kelayakan Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN):
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
- Menduduki peperiksaan SPM tahun 2019 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian; dan
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
- Bahasa Melayu;
- Bahasa Inggeris;
- Matematik;
- Sejarah;
- Matematik Tambahan;
- Fizik;
- Kimia;
- Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral; dan
- Satu (1) pelajaran lain; DAN
- Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain (jika ada).
Cara Memohon Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN):
Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara dalam talian (online) yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.Daftar Permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) 2020 Semak Senarai Nama Calon eProfiling Online Program Penajaan Nasional (PPN) JPA
Lampiran A: Senarai Bidang dan Universiti Yang Ditaja Di Bawah Program Penajaan Nasional 2020
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mac 2020 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa

Sumber: Portal Rasmi JPA

Student Assessment Center (SAC)
Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Program SAC dijadualkan pada 6 April 2020 hingga 10 April 2020 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon.
Zon Tengah (Bangi)
Zon Selatan 1 (Melaka)
Zon Selatan 2 (Johor Bahru)
Zon Utara 1 (Jitra)
Zon Utara 2 (Pulau Pinang)
Zon Timur 1 (Kuantan)
Zon Timur 2 (Kota Bharu)
Zon Sabah (Kota Kinabalu)
Zon Sarawak 1 (Kuching)
Zon Sarawak 2 (Miri)
Tarikh-tarikh Penting:
9 Mac 2020: e-Profiling dibuka
18 Mac 2020: e-Profiling ditutup
5 Mei 2020: Keputusan penawaran