Tawaran Penajaan JPA Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2023 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Penajaan JPA Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2023

Penajaan JPA Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM) merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Penajaan di bawah Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) ini adalah secara berpakej merangkumi peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama.

Program Khas LSPM Tahun 2023 hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2022 sahaja.

Syarat Kelayakan:



  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu/bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat pertama kali di manamana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
  • Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

Sila baca Iklan Penajaan JPA Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara untuk memahami kesemua panduan, perincian syarat khusus mengikut bidang pengajian dan universiti, struktur pengajian dan Frequently Ask Question (FAQ) yang telah ditetapkan bagi program ini sebelum membuat permohonan.

Cara Memohon Tajaan JPA:

Calon yang disenaraikan sahaja dibenarkan untuk memohon program ini. [Senarai calon]

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web JPA mulai 12 Jun 2023, 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023, 11.59 malam.

Permohonan Penajaan JPA Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2023

Keputusan permohonan penajaan dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/ pada 4 Ogos 2023 (Jumaat), 12.00 tengah hari.

Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Hanya calon yang melepasi syarat sahaja akan dipanggil ke program SAC.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel lepasanspm2023@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 12 sehingga 16 Jun 2023).

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: BPMI JPA
Tawaran Penajaan JPA Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
Tarikh tutup: 23 Jun 2023
Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)