Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022 - Senarai Tawaran Biasiswa 2023/2024 | Scholarship in Malaysia

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian bagi peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara secara sepenuh masa.

Biasiswa ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Baca juga: Senarai Biasiswa 2023/2024

Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (Ph.D) setiap tahun.

Syarat-syarat Permohonan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022;
  • Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
    • Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA, minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D;
  • Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;

    atau

    Telah memulakan pengajian sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis;
  • Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
    • Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan; atau
    • Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.

Cara Memohon Biasiswa:

Pemohon yang berminat dan berkelayakan boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal mulai 19 Januari 2022 sehingga 22 Februari 2022.

Borang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari 2022 melalui cara serahan tangan atau pos.

Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Biasiswa BYDPA boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di talian 03-8885 3879/ 3371/ 3571 pada setiap hari bekerja (Isnin-Jumaat) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat penawaranldp@jpa.gov.my.

Bagi pemohon yang disenarai pendek untuk menghadiri temu duga, surat panggilan temu duga akan dikeluarkan secara dalam talian (online) melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my/ dan pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temu duga tersebut untuk dibawa semasa menghadiri temu duga.

Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK.

Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Permohonan kini DITUTUP.
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)
Sumber: Portal JPA

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2023/2024 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)