Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa) KPM 2020 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa) KPM 2020

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa - CBBP DB) ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) bertujuan untuk membangunkan warga pendidik yang kompeten bagi memenuhi keperluan strategik pendidikan negara demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025.

Bagi tahun 2020, KPM membuka permohonan penajaan / Cuti Belajar kepada PPP untuk melanjutkan pengajian dalam bidang dan pengkhususan berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM (Rujuk Senarai Bidang Pengajian Tahun 2020).

Pegawai yang mengikuti program penajaan akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh cuti belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Tempoh cuti belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak unyuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.

Syarat Umum Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh (Dengan Biasiswa) / Hadiah Latihan Persekutuan (Separuh Masa):

  • PPP hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya, berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan;
  • PPP hendaklah warganegara Malaysia;
  • Sepenuh masa - PPP hendaklah masih belum memulakan pengajian di Institusi Penjagian Tinggi Awam (IPTA);
  • Separuh masa - Ditawarkan kepada PPP yang belum atau sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian;
  • Bagi PPP yang sedang mengikuti pengajian, pengajian hendaklah tidak melebihi semester 1 bagi peringkat Sarjana serta semester 3 bagi peringkat Kedoktoran;
Baca juga Syarat Khusus dan Syarat-Syarat Lain untuk mengetahui kriteria kelayakan mengikut bidang pengajian yang ditawarkan.

Cara Memohon Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) CBBP DB:

  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://epenawaran.moe.gov.my mulai 15 Januari 2020 (Rabu) jam 5.00 petang hingga 31 Januari 2020 (Jumaat) jam 5.00 petang;
  • Pemohon dikehendaki mengemas kini Modul Operasi Data Guru (eOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang bertugas di sekolah kerana maklumat dalam sistem ePenawaran ini diintegrasikan dengan Modul Operasi Data Guru (eOperasi) tersebut. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemas kini sewaktu permohonan, perubahan dan pengemaskinian perlu dibuat melalui sistem eOperasi atau sistem ePenawaran tersebut;
  • Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam tempoh tawaran permohonan ini dibuka;
  • Baca Tatacara dan Panduan Penggunaan Sistem ePenawaran agar urusan pengisian maklumat permohonan mudah dan jelas.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan panduan penggunaan sistem ePenawaran, pemohon boleh menghubungi urusetia berikut :

Pertanyaan umum berkaitan program:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA

(u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)

No. Telefon: 03-8888 1616 / 03-8870 6375 / 03-8870 6442 / 03-8870 6369 / 03-8870 6000 samb. 4416 / 4950
Faks: 03-8870 6839
E-mel: penawaran.bb@moe.gov.my

Pertanyaan / masalah teknikal borang permohonan:

E-mel: tm.bbp@moe.gov.my (mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal borang permohonan yang dihadapi).

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa
Tarikh tutup: 7 Februari 2020
PEMAKLUMAN PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) KPM

Dimaklumkan tempoh permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui laman web e-Penawaran (http://epenawaran.moe.gov.my) dilanjutkan sehingga 7 Februari 2020 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Mohon untuk merujuk kepada surat edaran berikut bagi Garis Panduan Proses Sokongan dan Perakuan permohonan HLP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan terkini:

Rujukan : Surat Edaran (.pdf seperti mana dokumen yang dilampirkan)
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: MOE

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)