Permohonan Biasiswa Hong Leong Foundation (Sarjana) 2016 - Senarai Biasiswa Malaysia 2023/2024 | Biasiswa JPA etc.

Permohonan Biasiswa Hong Leong Foundation (Sarjana) 2016

Biasiswa Hong Leong Foundation (HLF) ditawarkan untuk peringkat Master di luar negara. Biasiswa ini bertujuan untuk memberi peluang melanjutkan pelajaran kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik dan potensi untuk menjadi pemimpin, pembuat keputusan dan usahawan.

Tawaran biasiswa ini merangkumi pembiayaan sehingga RM250,000 yang meliputi yuran penuh pengajian, 1 visa pelajar, 1 tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi serta insurans dan kos-kos lain seperti yang ditakrifkan sebagai sebahagian daripada bayaran yang menyeluruh oleh pihak universiti.

[Lihat] Bidang tajaan terpilih [Tutup] Bidang tajaan terpilih
  • Perbankan dan Perakaunan;
  • Pengurusan Risiko;
  • Pengurusan Sumber Manusia;
  • Perakaunan;
  • Pentadbiran Perniagaan;
  • Jualan dan Pemasaran;
  • Undang-undang;
  • Penyelidikan dan Rekabentuk;
  • Pembuatan;
  • Pengurusan Hotel;
  • Rekaan Industri;
  • Kajian Alam Sekitar;
  • Kajian Bumi.


Tarikh tutup: 1 Julai 2016 Biasiswa Hong Leong Foundation Scholarship | Biasiswa

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Hong Leong Foundation (HLF) Master:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tidak melebihi usia 35 tahun;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas (Kepujian) di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau PNGK 3.65 dan ke atas;
  • Mendapat tawaran pengajian Sarjana sepenuh masa secara kursus dan / atau penyelidikan di salah satu daripada 200 universiti terbaik di dunia, sepertimana dalam kedudukan Times Higher Education. Tempoh program pengajian tidak melebihi 2 tahun;
  • Merancang untuk meneruskan pengajian yang berkaitan dengan perniagaan syarikat Kumpulan Hong Leong, seperti sektor perkilangan, hartanah dan perbankan;
  • Menunjukkan penglibatan aktif dalam ko-kurikulum, masyarakat atau aktiviti sukarela;
  • Menunjukkan kemahiran interpersonal yang kuat dan kemahiran kepimpinan;
  • Mempunyai perwatakan seorang duta dengan rasa kesetiaan untuk Malaysia;
  • Tidak boleh terikat atau menerima sebarang bentuk bantuan atau anugerah kewangan daripada institusi pendidikan yang lain atau organisasi;
  • Calon dalaman tidak layak memohon.

Cara Memohon Biasiswa Hong Leong Foundation:

  • Sila lengkapkan Borang Permohonan Online Biasiswa Hong Leong Foundation;
  • Sila hantar borang permohonan yang telah dilengkapkan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan melalui emel scholarships@hongleong.com.my atau ke alamat berikut sebelum tarikh tutup:

  • Hong Leong Foundation
    Masters Scholarship Programme,
    Level 10,Wisma Hong Leong,
    18 Jalan Perak,50450 Kuala Lumpur.
Hanya calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dimaklumkan (biasanya melalui emel) dan akan dipanggil untuk temuduga dua minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini, calon boleh berhubung dengan Sekretariat Hog Leong Foundation di scholarships@hongleong.com.my.


Sumber: HLF