Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun Untuk Latihan Perguruan (Monbukagakusho: MEXT) ditawarkan oleh kerajaan Jepun khusus kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG) di Malaysia untuk mengikuti latihan perguruan kursus non-degree 1½ tahun bermula dari Oktober 2020 sehingga Mac 2022 di universiti di Jepun.
Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 143,000 yen (ang. RM5,400) akan diberi kepada setiap penerima biasiswa Latihan Perguruan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, pemohon disarankan untuk menghubungi:
Tel: 03-88841065 / 1118 / 1237
Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui emel dan surat) untuk menghadiri temuduga yang dijangka berlangsung pada awal bulan Mac 2020.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Latihan Perguruan Monbukagakusho (MEXT):
Pegawai-pegawai yang hendak dicalonkan mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira dari 1 Oktober 2020);
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2020 (lahir selepas atau pada 2 April 1985);
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
- Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun;
- Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2016, 2017 dan 2018 atau 2017, 2018 dan 2019);
- Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
- Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 April 2020);
- Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
- Telah mengisytiharkan harta;
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
- Tidak berkhidmat dalam perkhidmatan tentera;
- Pegawai yang memiliki kemahiran bertutur dalam Bahasa Jepun digalakkan memohon.
Cara Memohon Biasiswa Latihan Perguruan Monbukagakusho (MEXT):
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:
- SURAT SIARAN MEX 2020;
- Syarat permohonan MEXT Lampiran 1;
- Application Submission Checklist;
- Application Guideline(English);
- Application Form;
- Placement Preference Application;
- Recommendation Form;
- CERTIFICATE OF HEALTH.
- Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan;
- Pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Bahagian Profesionalisme Guru
Aras 6, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan PUTRAJAYA
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, pemohon disarankan untuk menghubungi:
Tel: 03-88841065 / 1118 / 1237
Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui emel dan surat) untuk menghadiri temuduga yang dijangka berlangsung pada awal bulan Mac 2020.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: KPM