Biasiswa JPA - Program Pelajar Cemerlang (PPC) Sarjana dan PhD Tahun 2020 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa JPA - Program Pelajar Cemerlang (PPC) Sarjana dan PhD Tahun 2020

Biasiswa JPA - Program Pelajar Cemerlang (PPC) Sarjana dan PhD | Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama / sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana / kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Penajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mendapat tempat pengajian dalam negara di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (MMU, UTP, UNITEN dan UniKL) atau di universiti-universiti di luar negara seperti di LAMPIRAN A sahaja.

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan CLP.

Syarat Kelayakan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC):

Semua calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut:
  1. Syarat Umum Calon
    • Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;
    • Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;
    • Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana;
    • Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2018 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);
    • Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Senarai universiti adalah seperti di LAMPIRAN A;
    • Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja;
    • Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2020; dan
    • Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).

  2. Syarat Khusus Calon
  3. Kelayakan minimum akademik mengikut peringkat permohonan adalah seperti berikut:

    Ijazah Sarjana / Fast Track Ph.D
    • Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau
    • Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut:
      • UNITED KINGDOM - 70% & ke atas;
      • AUSTRALIA / NEW ZEALAND - 85% & ke atas;
      • JEPUN - 85% A+B (50%A)*.
    * 85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.

    Ijazah Kedoktoran (Ph.D)
    • Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam Negara atau luar Negara; atau
    • Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mixmode; atau
    • Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:
      • UNITED KINGDOM - 70% & ke atas;
      • AUSTRALIA / NEW ZEALAND - 85% & ke atas;
      • JEPUN - 85% A+B (50%A)*.
    * 85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.

Cara Memohon Biasiswa JPA Program Pelajar Cemerlang (PPC):

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 10 Februari 2020 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 16 Februari 2020 (Ahad) jam 5.00 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Keputusan permohonan panggilan SAC dijangka diumumkan pada 24 Februari 2020 jam 5.00 petang melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my .Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.
Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013 untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi tempatan.
Tarikh tutup: 16 Februari 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Portal JPA

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)