Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Pengajian Pasca Siswazah (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) 2021 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Pengajian Pasca Siswazah (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) 2021

Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Pengajian Pasca Siswazah (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) | Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2021 (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) Untuk Pengajian Pasca Siswazah ini ditaja oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) dan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin menjalani kursus selama 1½ tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2021 di universiti Jepun terpilih sebagai pelajar Pengajian Pasca Siswazah.

Sepanjang tempoh biasiswa, pemohon yang berjaya akan menerima elaun bulanan sebanyak 143,000 yen (ang. RM5,000) - jumlah adalah tertakluk kepada perubahan. Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Bidang Pengajian Tajaan Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Pengajian Pasca Siswazah (MONBUKAGAKUSHO: MEXT):

  • Humanities and Social Sciences: Literature, History, Aesthetics, Laws, Politics, Economics, Commerce, Pedagogy, Psychology, Sociology, Music, Fine Arts, Business Administration & etc.
  • Natural Science: Pure science, Engineering (Biomedical Eng, Civil Eng, Environmental Eng & etc.), Agriculture, Fisheries, Pharmacology, Medicine, Dentistry, Home Economics & etc.
Pelajar yang mengikuti bidang perubatan atau pergigian tidak dibenarkan menjalankan kajian klinikal mereka oleh menjalankan pemeriksaan perubatan atau menjalankan operasi, melainkan jika mereka dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan di bawah peruntukan undang-undang Jepun yang berkenaan.

Bidang pengajian mestilah terdapat di universiti-universiti Jepun. Latihan praktikal yang diberikan oleh kilang-kilang atau syarikat-syarikat adalah dikecualikan.

Proses Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Pengajian Pasca Siswazah (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) Sesi Akademik 2021:

  • 24 Mac 2020: Hantar borang permohonan sebelum tarikh tutup.
  • Mei / Jun 2020: Peperiksaan bertulis. Hanya calon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan untuk menduduki peperiksaan.
  • Julai 2020: Temuduga. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan untuk menghadiri sesi temuduga.
  • Ogos 2020: Pencalonan dihantar ke Tokyo. Calon perlu menghantar Surat Penerimaan dari mana-mana universiti di Jepun.
  • Januari ~ Februari 2021: Pemakluman keputusan pencalonan (keputusan akhir).
  • April / Oktober 2021: Berangkat ke Jepun.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Pengajian Pasca Siswazah:

  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2021;
  • Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira sehingga 1 Januari 2020);
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa lnggeris dan / atau Bahasa Jepun yang baik;
  • Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2017,2018 & 2019). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
  • Tidak mengikuti kursus sederhana di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 Januari 2020);
  • Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA; dan
  • Tidak berkhidmat dalam perkhidmatan tentera.

Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Pengajian Jepun:

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian yang dibuka mulai 9 hingga 24 Mac 2020. Garis Panduan Permohonan adalah sebagaimana dilampirkan.

Borang Permohonan Online Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Pengajian Pasca Siswazah (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) 2021) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani sebelum dihantar kepada Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan masing-masing. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama-sama dengan borang permohonan tersebut adalah seperti berikut:
  • Borang Permohonan (Diisi dalam Bahasa lnggeris atau Jepun sahaja); dan
  • Salinan sijil dan transkrip akademik bagi ljazah Pertama dan Sarjana (sekiranya berkaitan) dalam Bahasa lnggeris atau Jepun sahaja, yang telah disahkan oleh pihak yang diberikuasa mengesah sahaja. Sila rujuk perkara enam (6) dalam Garis Panduan Permohonan.
Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPROSES untuk tujuan pertimbangan.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Pengajian Pasca Siswazah (MONBUKAGAKUSHO: MEXT)
Tarikh tutup: 24 Mac 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Kedutaan Jepun


Tanggungjawab Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan:
Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan sahaja.

Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005. Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan DAN Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Panel Pembangunan Sumber Manusia untuk tindakan-tindakan berikut:
  • Mengisi Borang Laporan Panel Pembangunan Sumber dalam Manusia Kementerian / Jabatan untuk kursus perkhidmatan - JPA(L) LDP 14196 (LAMPIRAN B);
  • Memastikan ruang perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan dilengkapkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan; dan
  • Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh PPSM sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
Pencalonan tanpa melalui PPSM dan tanpa borang-borang yang lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)