Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK 2024 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK 2024

Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK adalah program penajaan berbentuk biasiswa yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada lepasan SPM khususnya pelajar asnaf di Negeri Kelantan bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di United Kingdom.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan (A-Level) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan. Tajaan di peringkat ijazah adalah tertakluk kepada keputusan A-Level dan kelulusan MAIK.

Baca juga:

Bidang pengajian yang ditaja adalah terbuka kepada mana-mana bidang yang bermanfaat. Walau bagaimanapun, bidang perubatan tidak menjadi keutamaan.

Syarat Kelayakan:



  • Terbuka kepada warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastautin menetap di Kelantan;
  • Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK;
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain;
  • Mempunyai kesihatan yang baik.

Syarat Kelayakan Akademik:

  • Memenuhi syarat kelayakan akademik iaitu Percubaan SPM/SPM 9A dan ke atas.
  • Mendapat keputusan A bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • Perlu mengikuti pengajian A-Level selama 2 tahun.

Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Portal agihan MAIK (eAgihan) bermula 1 April 2024 sehingga 30 April 2024.

Portal Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK 2024



Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK serta seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan di bawah Kod 21121 – Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK.

Tempoh pengemaskinian permohonan adalah 7 hari dari tarikh permohonan. Hanya status dalam PERMOHONAN sahaja dibenarkan untuk kemaskini.

Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK
Tarikh tutup: 30 April 2024

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)