Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK 2024 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK 2024

Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK adalah program penajaan berbentuk biasiswa yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam / swasta, sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian Dalam Negara sahaja.

Baca juga:

Bidang pengajian yang ditaja adalah terbuka kepada mana-mana bidang yang bermanfaat. Walau bagaimanapun, bidang perubatan tidak menjadi keutamaan.

Syarat Kelayakan:



  • Terbuka kepada semua lepasan SPM;
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastautin menetap di Kelantan;
  • Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK;
  • Tidak mendapat mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain;
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan;
  • Telah menerima surat tawaran dan / atau sedang menuntut minima semester pertama institusi (dengan baki semester sekurang-kurangnya 3 semester).

Syarat Kelayakan Akademik:

1. Sijil Kemahiran

  • Sijil yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduk tahap 2 DAN / ATAU
  • Memperoleh minima lulus SPM bagi sijil kemahiran yang lain.

2. Diploma

  • PNGS DAN PNGK 3.50 pada semester 1 dan seterusnya ATAU
  • Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit.

3. Ijazah Sarjana Muda

  • PNGS DAN PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya ATAU
  • Diploma PNGK 3.50 ke atas ATAU
  • STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas
  • STAM yang setara dengan STPM ATAU
  • Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.

Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Portal agihan MAIK (eAgihan) bermula 1 April 2024 sehingga 30 April 2024.

Portal Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK 2024



Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK serta seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan di bawah Kod 21124 – Program Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK.

Tempoh pengemaskinian permohonan adalah 7 hari dari tarikh permohonan. Hanya status dalam PERMOHONAN sahaja dibenarkan untuk kemaskini.

Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK
Tarikh tutup: 30 April 2024

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)