Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024

Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan adalah bantuan kewangan yang diberikan setahun sekali kepada pelajar-pelajar IPTA yang datang dari keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2024/2025

Dermasiswa ini terbuka untuk pelajar di peringkat pengajian Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja.

Syarat Kelayakan:

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM. Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

Syarat-Syarat Umum:

  • Pemohon merupakan pelajar IPTA peringkat Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda.
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan).
  • Pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan (pendapatan seisi rumah dibahagikan dengan bilangan tanggungan).
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.

Cara Memohon Dermasiswa:

Semua permohonan perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Dermasiswa YWP.

Borang Permohonan Dermasiswa YWP 2024

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara pos/serahan tangan sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
NO. 134, WISMA YWP,
JALAN RAJA ABDULLAH
KAMPUNG BARU 50300 KUALA LUMPUR

Pemohon yang tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.

Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Tel : +603 2698 3073 / 2073
Faks :+603 2698 3075
WhatsApp : +6019-3483073
E-mel: info@yayasanwp.org.my
Portal: www.yayasanwp.org.my.

Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)
Tarikh tutup: 13 Disember 2024

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)