Dermasiswa Zakat IPT Co-Opbank PERTAMA 2024 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Dermasiswa Zakat IPT Co-Opbank PERTAMA 2024

Dermasiswa Zakat IPT Co-Opbank PERTAMA merupakan Dana WAKALAH ZAKAT daripada PPZ MAIWP dan Zakat Pulau Pinang yang diamanahkan kepada Co-Opbank PERTAMA (CBP) untuk ditawarkan kepada mahasiswa yang layak dan masih dalam pengajian tinggi di IPTA/IPTS bagi memohon dermasiswa zakat IPT yang berjumlah RM 5,000 (sekali bantuan sahaja).

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2024/2025

Program ini adalah urusan yang dilakukan sepenuhnya oleh pihak CBP menggunakan dana WAKALAH ZAKAT daripada pihak PPZ-MAIWP dan ZPP. Sila berurusan dengan pihak CBP sepenuhnya tanpa merujuk kepada pusat zakat.

Syarat Kelayakan:

Terma dan syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Tidak ada menerima apa-apa bantuan kewangan daripada pihak lain (Biasiswa / Dermasiswa / Bantuan Zakat / Bantuan Kewangan Pelajaran Negeri / Pinjaman Pendidikan) daripada (JPA / Yayasan Negeri / PTPTN / dan lain-lain pihak).
  • Jumlah pendapatan isi rumah hendaklah di dalam kategori B40 (Bawah RM 4,850) asnaf fakir dan asnaf miskin akan diutamakan. Walaubagaimanapun, pendapatan isirumah kategori M40 (Bawah RM 10,970) boleh memohon sebagai asnaf fisabilillah.
  • Sumbangan atas kecemerlangan pengajian tinggi ini adalah bersifat sekali sahaja "One-off" dengan pembuktian dokumen kecemerlangan yang disahkan oleh pihak universiti.
  • Keluarga mempunyai ramai tanggungan dan tidak mempunyai harta simpanan (harta boleh cair) tidak melebihi nilai nisab RM25,000 setahun.
  • Mahasiswa MUSLIM (beragama Islam) sahaja yang layak memohon dan bumiputera Muslim diutamakan.
  • Semua dokumen bukti yang dihantar kepada CBP disahkan oleh pihak universiti.
  • Mahasiswa yang dalam pengajian peringkat Matrikulasi / ASASI / Diploma / Ijazah Sarjana Muda sahaja yang layak memohon.
  • Pencapaian CGPA terkini hendaklah tidak kurang daripada CGPA 3.0.
  • Bidang Pengajian dalam Kewangan Islam, Ekonomi Islam, Pengajian Islam, Bidang Perubatan, Sains dan Teknologi serta Kejuruteraan adalah keutamaan. Bidang lain-lain boleh memohon tertakluk kepada budibicara mutlak CBP.
  • Tertakluk kepada keputusan temuduga dan budibicara penuh CBP serta tidak boleh dibuat rayuan dan adalah muktamad.
  • Telah membuka akaun simpanan di CBP dan melepasi verifikasi maklumat pelanggan.

Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) bermula 1 Mei 2024 sehingga 15 Jun 2024.

Borang Permohonan Dermasiswa Zakat IPT Co-Opbank PERTAMA 2024



Jika tiada bayaran diterima selepas 30 Julai 2024, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Setiap permohonan hendaklah melengkapkan borang pengistiharan pendapatan isi rumah dan memuatnaik pada Seksyen C.

PERTANYAAN LANJUT: Sila hubungi 03-26937650 (Unit Zakat Wakaf dan Infaq) atau emel uzwi@cbp.com.my.

Dermasiswa Zakat IPT Co-Opbank PERTAMA
Tarikh tutup: 15 Jun 2024

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)