MARA Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) 2024 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

MARA Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) 2024

MARA Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan Matrikulasi/Asasi/Diploma yang telah memulakan / sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara mengikut bidang tertentu.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2024/2025

Pinjaman pelajaran di bawah Program TESP ini merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain (sekiranya ada) tertakluk pada kelulusan.

Syarat Kelayakan:

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum:

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
  • Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Pemohon dan penjamin adalah warganegara Malaysia pemastautin yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga Sah/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  • Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1). Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran TESP.
  • Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan pengajian oleh mana-mana IPT atau berhenti atas masalah disiplin/akademik.
  • Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda TIDAK akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang telah menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama / setaraf TIDAK BOLEH memohon program TESP.
  • Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan/bekerja perlu mendapat pelepasan/kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. Manakala pemohon yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada badan penaja lain di peringkat pengajian sebelum iniperlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.
Syarat-syarat khusus dan syarat kelayakan bagi Program TESP boleh dirujuk dalam GARIS PANDUAN PERMOHONAN TESP semasa permohonan dibuka.

Cara Memohon Tajaan MARA:

Semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal MARA bermula 26 November 2024 (Selasa) sehingga 10 Disember 2024 (Selasa), 11.59 pagi.

Portal Permohonan Penajaan TESP MARA 2024


Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon perlu MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Permohonan yang tidak lengkap, lewat atau/dan tidak memenuhi syarat/kriteria yang telah ditetapkan adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

mengenai program, sila e-mel ke :
a) tespua@mara.gov.my (bagi permohonan di IPTA)
b) tespipts@mara.gov.my (bagi permohonan di IPTS)
c) tespglugmi@mara.gov.my (bagi permohonan di GLU dan GMI)
d) tespunikl@mara.gov.my (bagi permohonan di UniKL)
e) tespkptm@mara.gov.my (bagi permohonan di UPTM/KPTM)
f) upim.bpt@mara.gov.my (bagi permohonan di KPM)

mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke:
ictbpp@mara.gov.my

MARA Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP)
Tarikh tutup: 10 Disember 2024 (Selasa)

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)