Program Penajaan STPM/STAM Excellence Programme (STEP) MARA merupakan program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang telah memulakan / sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara mengikut bidang tertentu.
Pinjaman pelajaran di bawah Program STEP ini merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain tertakluk pada Status Sosioekonomi (SES) keluarga pelajar.
Elaun Pengangkutan (pergi dan balik sekali sepanjang pengajian) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung (rujuk Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA).
Portal Permohonan Penajaan STEP MARA 2024
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon perlu MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN STEP yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Permohonan yang tidak lengkap, lewat atau/dan tidak memenuhi syarat/kriteria yang telah ditetapkan adalah tidak layak dan tidak akan diproses.
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) di step@mara.gov.my (mengenai program) atau ictbpp@mara.gov.my (masalah teknikal semasa permohonan).
Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2024/2025
Pinjaman pelajaran di bawah Program STEP ini merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain tertakluk pada Status Sosioekonomi (SES) keluarga pelajar.
Elaun Pengangkutan (pergi dan balik sekali sepanjang pengajian) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung (rujuk Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA).
Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:Syarat-Syarat Umum:
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
- Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
- Memenuhi syarat kelayakan Status Sosioekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
- Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
- Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
- Pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1).
- Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
- Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undangundang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan atas masalah akademik/disiplin.
RM12,000 dan ke bawah | ||
RM12,001 hingga RM20,000 |
Cara Memohon Tajaan MARA:
Semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal MARA bermula 20 Mac 2024 (Rabu) sehingga 01 April 2024 (Isnin), 11.59 malam.Portal Permohonan Penajaan STEP MARA 2024