Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK 2023 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK 2023

Program Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) adalah program biasiswa tajaan dalam membantu asnaf di negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan profesional untuk mereka gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

Objektif lain program ini adalah membantu meningkatkan bilangan profesional dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu terutamanya dari rakyat Kelantan.

Bidang pengajian yang ditaja ialah The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (1-4 tahun).

Syarat Kelayakan:

  1. Syarat-syarat Umum
    • Terbuka kepada semua lepasan SPM.
    • Warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
    • Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.
    • Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
    • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
    • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  2. Syarat Khusus Calon (Kelayakan Akademik)
    • Lulus Certified Accounting Technicion (CAT/ACCA Foundation in Accountact (ACCAFIA) atau lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dengan minimum PNGK 3.00.
    • Maksimum tempoh pengajian adalah terhad kepada 4 tahun sahaja.

Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online)..

Sistem Permohonan Bantuan MAIK (eAgihan)

Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan di bawah kod 21121 – Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM (PPALS).

Pertanyaan mengenai program Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK boleh dibuat dengan menghubungi 09-7421519 atau melalui emel info_pendidikan@e-maik.my.

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: MAIK
Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK
Tarikh tutup: 28 Jun 2023

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)