MARA Graduate Excellence Programme (GrEP) 2023 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

MARA Graduate Excellence Programme (GrEP) 2023

MARA Graduate Excellence Programme (GrEP) merupakan sejenis pinjaman boleh ubah yang ditawarkan kepada graduan yang melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) dalam dan luar negara di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

Permohonan ini terbuka kepada pengajian secara sepenuh masa bagi peringkat dalam dan luar negara, manakala bagi pemohon yang sedang bekerja boleh dipertimbangkan untuk pengajian separuh masa di dalam negara dan akan dipertimbangkan bagi pinjaman yuran pengajian sahaja.

Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan lengkap akan dipertimbang untuk tawaran Program GrEP.

Syarat Kelayakan Umum:

  • Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2023 adalah tidak melebihi 40 tahun (dalam negara) atau tidak melebihi 35 tahun (luar negara) bagi program Sarjana, manakala tidak melebihi 45 tahun (dalam negara) atau tidak melebihi 40 tahun (luar negara) bagi program Doktor Falsafah.
  • Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda/sarjana dengan kejayaan akademik seperti yang dinyatakan.
  • Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan undang- undang MARA.
  • Pemohon tidak pernah menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana- mana badan penaja bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  • Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Kelayakan Akademik:

Syarat kelayakan Akademik adalah seperti berikut :
  1. Sarjana
    • Dalam Negara:
      • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
    • Luar Negara:
      • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya;
      • Memperoleh band 6.5 dalam peperiksaan IELTS.
  2. Doktor Falsafah (PhD)
    • Dalam Negara:
      • Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya;
      • Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam atau luar negara.
    • Luar Negara:
      • Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya;
      • Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam atau luar negara.
      • Memperoleh band 6.5 dalam peperiksaan IELTS.
* Transkrip peperiksaan yang menggunakan bahasa asing perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan Negara.

Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurangkurangnya enam (6) bulan. Pengajian peringkat Sarjana Senibina hanya ditawarkan di DALAM NEGARA sahaja.

Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Cara Memohon Tajaan MARA:

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA.

Permohonan Online Tajaan MARA

Panduan Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA
Soalan Lazim (FAQ)

Dokumen sokongan di dalam sistem perlulah dimuat naik seperti yang tertera di dalam panduan permohonan program.

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

Emel : grepdn@mara.gov.my (bagi permohonan dalam negara)
grepln@mara.gov.my (bagi permohonan luar negara)

Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Tarikh tutup: 6 Jun 2023
Tajaan MARA Graduate Excellence Programme (GrEP)
Sumber: MARA

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)