Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan LTAT 2023 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan LTAT 2023

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan LTAT kini dibuka kepada anak-anak warga ATM yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

Jumlah bantuan adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan dana yang diterima daripada Syarikat Kumpulan LTAT.

Syarat Kelayakan:

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua anak anggota ATM dan anggota kerahan yang sedang berkhidmat sahaja;
  • Menduduki peperiksaan SPM atau Setaraf Tahun 2022 dan bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan;
  • Anggota yang masih berkhidmat pada hari pertama peperiksaan SPM dan yang sedang menjalani kursus peralihan layak memohon;
  • Memperoleh keputusan 6A ke atas bagi Anak Pegawai dan 5A ke atas bagi Anak Anggota LLP.

Cara Memohon:

Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada Sel Pendidikan Perkhidmatan masing-masing. Borang yang dihantar terus kepada Yayasan LTAT akan ditolak dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Borang Permohonan ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN YAYASAN LTAT


(Salinan dokumen bersaiz A4 dan telah disahkan oleh Pasukan):
  • Salinan Keputusan Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia;
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
  • Salinan My Tentera Ibu Bapa/Penjaga;
  • Salinan PERBAH 2 bagi Anak Angkat/Anak Tiri; dan
  • Salinan Slip SSPN-i pemohon (jika ada).
Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas akan mengakibatkan permohonan AKP YAYASAN LTAT pemohon ditolak.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan LTAT di talian 03-20222069.

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Yayasan LTAT
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan LTAT
Tarikh tutup: 7 Julai 2023
Kategori permohonan yang tidak layak memohon:
  1. Anak-Anak Pesara/Balu Tentera; dan
  2. Anak-Anak Anggota Wataniah bukan sepenuh masa.

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)