Biasiswa Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta'zim (PDT) 2023 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta'zim (PDT) 2023

Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta'zim ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Master) di Universiti Awam.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

Diperkenalkan sejak tahun 2016, bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan melalui pemberian kewangan secara one-off. Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).


Syarat Kelayakan:

  • Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian Sarjana yang sedang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus / penyelidikan / campuran secara sepenuh atau separuh masa di Universiti Awam sahaja;
  • Pemohon mestilah lahir di negeri Johor / menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
  • Tiada had umur ditetapkan;
  • Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon / keluarga berdaftar dengan ‘e-kasih’ maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran;
  • Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,360.00 sebulan (B40);
  • Tempoh pengajian Sarjana (Master) :
    • Bagi pengajian empat (4) semester, tempoh pengajian mestilah berbaki lebih dua (2) semester dari tempoh permohonan;
    • Bagi pengajian dua (2) semester, tempoh pengajian mestilah berbaki satu (1) semester dari tempoh permohonan.
  • Pemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi / agensi / Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA);
  • Penerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT adalah diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT selama (5) lima tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

Cara Memohon:

Muat turun serta lengkapkan Borang Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT.

Lengkapkan Borang Data Pemohon.

Hantarkan Borang Permohonan anda ke emel secretariat@rajazarithsofiah.foundation.

Biasiswa Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta'zim
Tarikh Tutup: 10 Julai 2023

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)