Biasiswa Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana PDT 2023 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana PDT 2023

Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana ditawarkan kepada penjawat awam Johor yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

Diperkenalkan sejak tahun 2018 bertujuan menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).


Syarat Kelayakan:

  • Terbuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Badan-badan Berkanun Negeri Johor);
  • Khusus untuk kakitangan kumpulan sokongan dan pelaksana sama ada lantikan secara tetap atau kontrak;
  • Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam sahaja;
  • Tiada had umur ditetapkan;
  • Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester daripada tempoh permohonan;
  • Pemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi / agensi / Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA);
  • Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan;
  • Penerima bantuan adalah diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT selama (5) lima tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

Cara Memohon:

Muat turun serta lengkapkan Borang Permohonan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana PDT.

Lengkapkan Borang Data Pemohon.

Hantarkan Borang Permohonan anda ke emel secretariat@rajazarithsofiah.foundation.

Biasiswa Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana PDT
Tarikh Tutup: 10 Julai 2023

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)