Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2022 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2022

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.

Baca juga: Senarai Biasiswa 2023/2024

Kadar pinjaman pendidikan yang ditawarkan adalah berbeza bergantung kepada mod pengajian (sepenuh masa / separuh masa) dan juga peringkat pengajian (diploma / ijazah sarjana muda / sarjana / kedoktoran).

Syarat Kelayakan:

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik oleh Yayasan Pahang / Pegawai Daerah / Penghulu Mukim.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
  3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  4. Mendapat tempat / tawaran dari IPTA/S mengikut kategori seperti di atas.

Cara Memohon Pinjaman Pendidikan:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang dengan memilih ikon SISPEN.

Borang Permohonan Online SISPEN

Sila baca PANDUAN PERMOHONAN untuk memahami lebih lanjut mengenai cara permohonan pinjaman.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan:

Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5181800 | Faks: 09-5181888

Pn. Zakiah (zakiah@yp.org.my) | En. Mohd Mazni Syamim (syamim@yp.org.my) | Pn. Azimah (azimah@yp.org.my)

Kongsikan pada semua.. Moga bermanfaat!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Tarikh tutup: 5 Januari 2023
Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Sumber: Yayasan Pahang

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)