Biasiswa Stipendium Hungaricum Scholarship 2023/2024 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Stipendium Hungaricum Scholarship 2023/2024

Biasiswa Stipendium Hungaricum adalah kemudahan biasiswa yang ditawarkan oleh Kerajaan Republik Hungary kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah bagi sesi akademik 2023/2024 dalam pelbagai bidang pengajian di universiti-universiti terpilih negara Hungary.

Baca juga: Senarai Biasiswa 2023/2024


Biasiswa ini meliputi pembiayaan yuran pengajian, elaun sara hidup bulanan, kemudahan penginapan dan kemudahan kesihatan sepanjang tempoh pengajian.

Cara Memohon Biasiswa:

Individu yang berminat boleh merujuk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja dan membuat permohonan secara atas talian.

Tarikh tutup permohonan adalah pada Isnin, 16 Januari 2022 (2.00pm Central European Time).

Iklan Biasiswa Stipendium Hungaricum

Salinan permohonan atas talian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa melalui emel kepada international@mohe.gov.my selewat-lewatnya pada 16 Januari 2023 (Isnin).

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Nur Dini binti Mohd Zib di talian 03-88706375.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas mengikut tempoh yang ditetapkan dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Tarikh tutup: 16 Januari 2023
Biasiswa Stipendium Hungaricum Scholarship
Sumber: MOHE

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)