Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam dan Luar Negara 2022 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam dan Luar Negara 2022

Sebelum ini dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak, Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam dan Luar Negara menawarkan bantuan permulaan secara one-off kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara. .

Bantuan ini bertujuan untuk:
  • Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
  • Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

Maklumat Biasiswa / Pinjaman / Bantuan:

1. Insentif Siswa Yayasan Perak (Dalam Negara)

Syarat-syarat Asas:

Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
Anak kelahiran Negeri Perak (Warganegara Malaysia) seperti berikut:-
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.
2. Insentif Siswa Yayasan Perak (Luar Negara)

Syarat-syarat Asas:

Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja.
Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.
Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

Cara Memohon Biasiswa:

Memohon secara ONLINE.
Borang Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara


Borang permohonan juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Permohonan dibuka sepanjang tahun. Namun tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.

Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas mengikut tempoh yang ditetapkan dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan biasiswa boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian 05-2552929.

Kongsikan pada semua.. Moga bermanfaat!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Yayasan Perak
Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam dan Luar Negara
Tarikh tutup: 3 bulan dari tarikh pendaftaran ke IPT

Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terpilih:

MUAT TURUN SENARAI IPT TERPILIH (DALAM NEGARA)

Dokumen Yang Diperlukan (Insentif Siswa Dalam dan Luar Negara):

  1. Salinan surat tawaran terkini (WAJIB), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).
  2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan).
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).
  4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa dan ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing. (WAJIB)
  5. Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).
  6. Borang Permohonan:
    • Sokongan – Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
    • Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat / Pemimpin Tempatan (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
  7. Semua salinan dokumen yang dikepilkan perlu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas.

Kadar Pemberian Insentif Siswa:

Dalam Negara

  • Sijil (Termasuk Sijil dan Diploma Vokasional) - RM300.00
  • Diploma - RM500.00
  • Ijazah Sarjana Muda - RM1,000.00
  • Ijazah Sarjana (Master) - RM1,500.00
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) - RM2,000.00

Luar Negara (Kategori A)

  • Diploma - RM1,500.00
  • Ijazah Sarjana Muda - RM3,000.00
  • Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah - RM4,000.00
Afrika Selatan / Algeria / Bangladesh / Ethiopia / Filipina / India / Indonesia / Kenya / Libya / Mesir / Myanmar / Nigeria / Pakistan / Sri Lanka / Sudan / Syria / Thailand / Uganda / West Indies

Luar Negara (Kategori B)

  • Diploma - RM2,500.00
  • Ijazah Sarjana Muda - RM5,000.00
  • Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah - RM6,500.00
Amerika Syarikat / Arab Saudi / Australia / Austria / Belgium / Brunei / China / Denmark / Finland / Greece / Hong Kong / Hungary / Iceland / Iran / Iraq / Itali / Jerman / Jepun / Jordan / Kanada / Korea Selatan / Kuwait / Luxembourg / Maghribi / Malta / Netherlands / New Zealand / Norway / Perancis / Poland / Portugal / Republik Czech / Republik Ireland / Russia / Sepanyol / Singapura / Sweden / Switzerland / Taiwan / Turki / Ukraine / United Kingdom
Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)