Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (Mesir dan Jordan) 2022/2023 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (Mesir dan Jordan) 2022/2023

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka tawaran penajaan pendidikan Dermasiswa Zakat bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi di Mesir atau Jordan.

Tawaran Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB / ULUM ISLAMIAH / QIRAAT / PENGAJIAN AL-QURAN QIRAAT / PERBANKAN ISLAM
DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI MESIR DAN JORDAN SESI 2022/2023

Maklumat Biasiswa / Pinjaman / Bantuan:

Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (Mesir dan Jordan)

Syarat-syarat Am:

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
Pemohon lahir di negeri Selangor; ATAU
Ibu atau bapa lahir di negeri Selangor; DAN
Telah bermastautin di negeri Selangor lebih dari tiga (3) tahun.
Bebas dari penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan (surat pengesahan doktor).
Pemohon terdiri daripada pelajar tahun dua (2) hingga tahun empat (4).

Syarat-syarat Khusus:

Pemohon mestilah:
Sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi di Mesir atau Jordan dalam bidang yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia; DAN,
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan sekurangkurangnya LULUS bagi mata pelajaran lain; DAN,
Mendapat sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dalam peperiksaan TAHUN SEMASA PENGAJIAN di Mesir atau Jordan; DAN,
Kadar lebihan Had Kifayah keluarga tidak melebihi RM7,000.00; DAN,
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendaftar sebagai calon persendirian Jabatan Agama Islam Selangor; DAN,
Tidak menerima TAJAAN / BIASISWA / PINJAMAN dari mana-mana pihak.

Cara Memohon Biasiswa:

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 17 November 2022 hingga 2 Disember 2022 Jam 11:59 malam melalui pautan berikut https://pendidikan.jais.gov.my/dermasiswa.

Borang Tawaran Dermasiswa Zakat Selangor

Syarat Kelayakan

Borang Maklumat Bilangan Anak dan Tanggungan Ibubapa

Pemohon dibenarkan membuat SATU PERMOHONAN SAHAJA.

Pemohon yang telah berjaya dalam pemilihan akan dipanggil untuk temuduga.

Sekiranya pemohon tidak menerima jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

Pejabat Atase Pendidikan Selangor
Bangunan Asrama Selangor
Tooba El Ramly, Hayyu El'Asyir
Nasr City Cairo,Republik Arab Mesir
No. Tel: +20220788021 / +201551767919

atau;

Jabatan Agama Islam Selangor
Unit Pengajian Tinggi dan Sepanjang Hayat, Bahagian Pendidikan Islam
Tingkat 2 dan 3 , Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
No. Tel: +603-5514 3400 (2035) / +6010-343 7054


Kongsikan pada semua.. Moga bermanfaat!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Lembaga Zakat Selangor
Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor
Tarikh tutup: 2 Disember 2022

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)