Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah (IPTA) 2022/2023 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah (IPTA) 2022/2023

Lembaga Zakat Negeri Kedah menawarkan Biasiswa Pendidikan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Malaysia. Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakkan mengikut syarat dan jumlah kuota ditetapkan.

Tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan pelajar yang melakukan twinning programme iaitu program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian.

Baca juga: Senarai Biasiswa 2023/2024

Skim ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.

Maklumat Biasiswa:

Syarat-syarat Umum:

Pemohon mestilah beragama Islam.
Pemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurangkurangnya dua (2) Tahun.
Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin.
Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda di Univerisiti Awam (UA) sahaja.

Syarat-syarat Khusus:

Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/2023.
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.
Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurangkurangnya Jayyid Jiddan bagi STAM.

Cara Memohon Biasiswa:

Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.

Borang Biasiswa Online

Sila baca GARIS PANDUAN DAN SYARAT PERMOHONAN untuk memahami lebih lanjut mengenai biasiswa ini.

Pelajar yang layak selepas proses saringan di peringkat LZNK akan ditemuduga.

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung melalui No Telefon Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah (Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan) di talian 04-7331740.

Kongsikan pada semua.. Moga bermanfaat!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Permohonan kini DITUTUP.
Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah (IPTA)
Sumber: Lembaga Zakat Negeri Kedah

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)