Biasiswa Lee Kuan Yew School of Public Policy 2023 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Lee Kuan Yew School of Public Policy 2023

PELAWAAN UNTUK BIASISWA OLEH LEE KUAN YEW SCHOOL OF PUBLIC POLICY (LKYSPP), NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE (NUS) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DI LKYSPP, NUS

Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore (NUS) telah membuka permohonan biasiswa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk mengikuti pengajian peringkat Sarjana di LKYSPP, NUS seperti berikut:
  • Master in Public Administration (MPA) – 1 tahun;
  • Master in Public Policy (MPP) – 2 tahun; atau
  • Master in International Affairs (MIA) – 2 tahun.

Baca juga: Senarai Biasiswa 2023/2024

Justeru, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku nominating agency mempelawa pegawai yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan untuk memohon biasiswa ini melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing.

Syarat-syarat Permohonan:

Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 1 Januari 2023 bagi pengajian Sarjana;
Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2019, 2020 dan 2021). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
Mempunyai ijazah sarjana muda daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan;
Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;
Kursus yang dipohon adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang / sederhana seperti berikut:
Tempoh Kursus
Tempoh Menunggu
(pada 1 Januari 2022)
Lebih daripada 12 bulan
2 tahun
Lebih daripada 3 bulan dan
kurang daripada 12 bulan
1 tahun
Tidak menerima bantuan penajaan yang lain;
Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini;
Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA; dan
Tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan mental.

Cara Memohon Biasiswa:

Pegawai yang berminat dan berkelayakan boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai 10 November 2022 sehingga 18 November 2022.

Borang Permohonan Biasiswa

Maklumat terperinci berhubung permohonan / pencalonan bagi biasiswa ini adalah seperti di Lampiran B.

Tatacara Permohonan/ Pencalonan

Lampiran B - Borang PPSM

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 25 November 2022 sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)


Sila hubungi talian 03 – 8885 3053 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi – 5.00 petang) atau e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa ini.

Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK.

Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Permohonan kini DITUTUP.
Biasiswa Lee Kuan Yew School of Public Policy
Sumber: Sumber: eSILA

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)