Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang (Dalam dan Luar Negara) 2022 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang (Dalam dan Luar Negara) 2022

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam Negara . Syarat Umum Bantuan Beragama Islam. Warganegara Malaysia. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan. Tidak menerima bantuan dari zakat negeri-negeri lain

Maklumat Biasiswa / Pinjaman / Bantuan:

1. Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang (Dalam Negara)

Syarat-syarat Kelayakan:

Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja.
Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.
Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun.
Kemasukan ke Tingkatan 6 tidak layak memohon kerana tidak diiktiraf sebagai IPT


2. Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang (Luar Negara)

Syarat-syarat Kelayakan:

Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di luar negara.
Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.
Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun.

Cara Memohon Biasiswa:

Semua permohonan bantuan mestilah diisi atas nama ketua keluarga. Namun demikian, pelajar dibenarkan untuk mengisi borang bagi pihak ketua keluarga.
Sistem Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang


Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

Sebarang pertanyaan, hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan di talian 04-5498088 / 5498167 / 5498168 / 5498165.

Kongsikan pada semua.. Moga bermanfaat!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Zakat Pulau Pinang
Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang (Dalam dan Luar Negara) 2022
Tarikh tutup: Terbuka sepanjang tahun

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)