Bantuan Awal IPT Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah 2022 - Biasiswa JPA | Senarai Biasiswa 2023/2024

Bantuan Awal IPT Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah 2022

Bantuan Awal IPT Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan. Jumlah sumbangan ialah RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja). Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza

Maklumat Biasiswa / Pinjaman / Bantuan:

Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi

Syarat-syarat Kelayakan:

Pemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.
Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dokumen Sokongan:

Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL / PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN KEDAH adalah seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi
  • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian
  • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank
  • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim (Bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)

Cara Memohon Biasiswa:

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (on-line) melalui Sistem iBAKIPT SPPNK.
Sistem iBAKIPT SPPNK


Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Sila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan. (Klik sini untuk Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah)

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi SPPNK di talian 04 702 7272/7283 atau melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan/.

Kongsikan pada semua.. Moga bermanfaat!

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: SPPNK
Bantuan Awal IPT Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah
Tarikh tutup: 15 November 2022