Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) | Kerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.
Bidang kursus yang ditaja adalah STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics), Sastera Ikhtisas, Sains Sosial dan Sains Gunaan.
BKNS akan membiayai Yuran Pengajian mengikut kadar Universiti Awam (UA) Sahaja. (Pengajian tanpa subsidi yuran adalah tidak ditaja) manakala, kadar yuran pengajian di Government-Linked Universities (GLU) adalah tertakluk kepada inbois yang dikeluarkan oleh GLU.
Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.
Borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2024
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel pelajar.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2024. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 November 2024.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
Baca juga: Senarai Biasiswa 2024/2025
Bidang kursus yang ditaja adalah STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics), Sastera Ikhtisas, Sains Sosial dan Sains Gunaan.
BKNS akan membiayai Yuran Pengajian mengikut kadar Universiti Awam (UA) Sahaja. (Pengajian tanpa subsidi yuran adalah tidak ditaja) manakala, kadar yuran pengajian di Government-Linked Universities (GLU) adalah tertakluk kepada inbois yang dikeluarkan oleh GLU.
Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.
Senarai Program Tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS):
ANUGERAH BIASISWA TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH |
---|
Peringkat pengajian: SARJANA MUDA Kelayakan akademik: Lulus Matrikulasi / Asasi / Foundation / A-Level dengan memperolehi PNGK / CGPA 4.0. Tempat Pengajian: Luar Negara |
BIASISWA CEMERLANG KERAJAAN NEGERI SABAH |
---|
Peringkat pengajian: SARJANA MUDA Kelayakan akademik: Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurangkurangnya PNGK / CGPA 4.0. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Tempat Pengajian: Dalam Negeri dan Luar Negara |
BIASISWA PERDANA |
---|
Peringkat pengajian: DIPLOMA Kelayakan akademik: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar. Tempat Pengajian: Institut Pengajian Tinggi Tempatan
Peringkat pengajian: SARJANA MUDA Kelayakan akademik: Lulus Diploma / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Foundation / A-Level dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.0. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid. Tempat Pengajian: Institut Pengajian Tinggi Tempatan
Peringkat pengajian: SARJANA Kelayakan akademik: Lulus Sarjana Muda dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.5. Tempat Pengajian: Institut Pengajian Tinggi Tempatan
Peringkat pengajian: PERUBATAN Kelayakan akademik: Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.8 di peringkat STPM / Diploma / Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja. Tempat Pengajian: Institut Pengajian Tinggi Tempatan |
Syarat Had Umur:
- Bagi kursus Diploma, pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun;
- Bagi kursus Ijazah Sarjana Muda, pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun;
- Bagi kursus Ijazah Sarjana, pemohon hendaklah tidak melebihi 30 tahun.
Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS):
Permohonan hendaklah melalui sistem dalam talian (online). Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi yang aktif.Borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2024