Program Pembangunan Bakat Muda (Young Talent Development Programme - YTP) MARA | Permohonan Penajaan Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA adalah sebuah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2019 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi terpilih.
Tajaan pinjaman pendidikan di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
Muat turun SYARAT KELAYAKAN PROGRAM UNTUK PENAJAAN MARA.
Syarat Khusus
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:
Telefon: 03-261 32487 / 32099 / 32098 / 32108
Email: postspm@mara.gov.my
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

Syarat Kelayakan Permohonan Penajaan Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA:
Syarat Umum- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
- Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA;
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama;
- Lulus pemeriksaan kesihatan.
Syarat Khusus
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2019;
- Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.
Cara Memohon Penajaan MARA:
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA mulai 05 Mac 2020 (Khamis) pukul 9.00 pagi hingga 16 Mac 2020 (Isnin) pukul 12.00 tengah hari;
- BORANG PERMOHONAN ONLINE PENAJAAN MARA;
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan;
- Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan;
- Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:
Telefon: 03-261 32487 / 32099 / 32098 / 32108
Email: postspm@mara.gov.my
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Portal Rasmi MARA