Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2020 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2020

Biasiswa Komanwel New Zealand | Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pemohon daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian / Jabatan / Agensi serta calon bukan kakitangan Kerajaan (swasta, pelajar, tidak bekerja) untuk memohon bagi kemudahan Biasiswa Komanwel New Zealand bagi pengajian peringkat Sarjana dan PhD secara sepenuh masa.

Syarat Kelayakan Biasiswa Komanwel New Zealand:

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Calon perlu berumur tidak melebihi 39 tahun pada 1 Oktober 2020;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2016, 2017 & 2018) atau (2017, 2018 & 2019);
  • Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 1 Oktober 2020);
  • Kursus yang dipohon adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
  • Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti; dan
  • Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

Cara Memohon Biasiswa Komanwel New Zealand:

Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan www.nzscholarships.govt.nz.

Borang Permohonan Online Biasiswa Komanwel New Zealand 2020

Bagi calon bukan kakitangan Kerajaan (swasta, pelajar, tidak bekerja), borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan (1 asal dan 1 salinan fotostat) selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020 ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Manakala bagi calon yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan (penjawat awam), calon juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2020. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan (1 asal dan 1 salinan fotostat) kepada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan masing-masing. Pencalonan daripada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan perlu dihantar ke JPA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020.

Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand
Tarikh tutup: 31 Mac 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Portal JPA

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)