Permohonan Penajaan Program Khas JPA MARA (PKJM) | Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2020.
Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2020 merupakan penajaan kepada 1,035 pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2019 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.
Program ini terdiri daripada tujuh sub program seperti berikut:
Syarat Umum
Sila rujuk Syarat Khusus Calon untuk Penajaan Program Khas JPA MARA (PKJM).
Borang Permohonan Online Penajaan Program Khas JPA MARA (PKJM) 2020
Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuat naik di Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mac 2020 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my selewat-lewatnya pada 5 Mei 2020 (Selasa) jam 5.00 petang.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2020 merupakan penajaan kepada 1,035 pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2019 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.
Program ini terdiri daripada tujuh sub program seperti berikut:
- Program Akademik Jepun;
- Program Berkembar New Zealand;
- Program Akademik New Zealand;
- Program Akademik Australia;
- Program Akademik United Kingdom;
- Program Akademik Amerika Syarikat;
- Program Khas JPA-MARA Dalam Negara.
Syarat Kelayakan Penajaan Program Khas JPA MARA:
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan.Syarat Umum
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2019;
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
- Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
Sila rujuk Syarat Khusus Calon untuk Penajaan Program Khas JPA MARA (PKJM).
Cara Memohon Penajaan Program Khas JPA MARA (PKJM):
Permohonan akan dibuka secara atas talian (online) selama sepuluh hari (10) mulai 9 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020.Borang Permohonan Online Penajaan Program Khas JPA MARA (PKJM) 2020
Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuat naik di Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mac 2020 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my selewat-lewatnya pada 5 Mei 2020 (Selasa) jam 5.00 petang.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Portal Rasmi MARA

Student Assessment Center (SAC)
Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Program SAC dijadualkan pada 6 April 2020 hingga 10 April 2020 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon.
Zon Tengah (Bangi)
Zon Selatan 1 (Melaka)
Zon Selatan 2 (Johor Bahru)
Zon Utara 1 (Jitra)
Zon Utara 2 (Pulau Pinang)
Zon Timur 1 (Kuantan)
Zon Timur 2 (Kota Bharu)
Zon Sabah (Kota Kinabalu)
Zon Sarawak 1 (Kuching)
Zon Sarawak 2 (Miri)
Program Akademik Jepun
Program Akademik Jepun merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya bagi bidang kejuruteraan dan Sains & Teknologi; dan di Pusat Bahasa Teikyo (PBT) bagi bidang Sains Sosial.
Program Berkembar New Zealand
Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaboratif antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan konsortium universiti di New Zealand yang melibatkan University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Tempoh pengajian adalah selama dua tahun di KYSBS dan dua tahun di New Zealand dalam bidang Sains Sosial.
Program Akademik New Zealand
Program Akademik New Zealand merupakan program penajaan ke New Zealand khusus dalam bidang Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan di INTEC Education College selama setahun sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di mana-mana lapan universiti di New Zealand.
Program Akademik United Kingdom
Program Akademik United Kingdom merupakan program penajaan ke United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan terpilih sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di United Kingdom berdasarkan senarai Quacquarelli Symonds (QS) dan / atau Times Higher Education (THE) World University Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU). Pelajar akan mengikuti program persediaan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) bagi bidang Kejuruteraan; Kolej Teknologi Timur (KTT) dan INTEC Education College bagi bidang Sains & Teknologi; serta di Kolej MARA Banting (KMB) bagi bidang Sains Sosial.
Program Akademik Amerika Syarikat
Program Akademik Amerika Syarikat merupakan program penajaan ke Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Ekonomi serta Sains Komputer (terhad kepada Artificial Intelligence, Robotic, Big Data dan Internet of Things (IoT)). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan di INTEC Education College selama 24 bulan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di Amerika Syarikat berdasarkan QS dan / atau THE World University Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU).
Program Akademik Australia
Program Akademik Australia merupakan program penajaan ke Australia dalam bidang Perakaunan, Ekonomi, Kewangan atau Sains Aktuari. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan selama 12 bulan di INTEC Education College sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di mana-mana universiti dalam senarai The Group of Eight (Go8) (Australia’s leading research-intensive universities).
Program Khas JPA-MARA Dalam Negara
Program Khas JPA-MARA Dalam Negara merupakan program penajaan yang berfokus kepada niche area / bidang kepakaran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih. Penajaan adalah daripada peringkat Persediaan sehingga peringkat Ijazah Pertama di IPTS dalam bidang yang telah ditetapkan.