Tawaran Biasiswa Yayasan UMP (Pascasiswazah) 2020 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Biasiswa Yayasan UMP (Pascasiswazah) 2020

Tawaran Biasiswa Yayasan UMP (Pascasiswazah) 2020 | Biasiswa Yayasan UMP (Pascasiswazah) merupakan satu bantuan kewangan oleh Yayasan UMP kepada pelajar Pascasiswazah yang cemerlang dari segi akademik dan merupakan golongan B40.

Slot ini terbuka kepada pelajar tempatan yang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana secara penyelidikan di UMP secara SEPENUH MASA.

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan UMP (Pascasiswazah):

  • Calon merupakan pelajar tempat Sarjana secara Penyelidikan Mod Pengajian SEPENUH MASA;
  • Calon telah mendaftar sebagai pelajar UMP;
  • Keutamaan diberikan kepada golongan B40;
  • Pelajar yang mendapat biasiswa tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain;
  • Pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat iaitu:
    • Pelajar tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah; atau
    • Pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada IPT masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
  • Mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 6 bulan (*Pelajar Sem 1 sehingga Sem 3);
  • Pelajar yang telah menerima Skim MRS “JOM Sambung Master” tidak layak untuk memohon;
  • Tempoh tajaan biasiswa ini dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian.

Cara Memohon Biasiswa Yayasan UMP:

  • Pelajar perlu mengisi Borang Permohonan Biasiswa Yayasan UMP Pascasiswazah;
  • Pelajar perlu mendapat sokongan daripada Penyelia Utama dan Dekan Fakulti;
  • Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke IPS sebelum 24 Februari 2020;
  • Sesi temuduga akan dilaksanakan oleh IPS kepada calon Biasiswa Yaysan UMP Pascasiswazah yang layak.

Permohonan Biasiswa Yayasan UMP (Pascasiswazah)
Tempoh permohonan: 12 Februari - 24 Februari 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: IPS UMP

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)