Program Tajaan Penuh TNB & Kerajaan Negeri Melaka Bagi Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0 Untuk Anak Melaka | Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) menawarkan tajaan penuh Program Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0 secara sepenuh masa di TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi.
Tajaan program ini terhad kepada 40 Anak Melaka sahaja. Penginapan disediakan termasuk makan dan minum di ILSAS, Bangi sepanjang tempoh program 90 hari (5 bulan).
Sila muat turun Borang Permohonan Program Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0 Sepenuh Masa (Sistem Voltan Rendah Bawah 1kV Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa) Anak Melaka - Program Julai hingga November 2020 dan Lampiran 1.
Sila sediakan dokumen-dokumen berkaitan dan perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan berjawatan tetap Gred 41 dan ke atas / Penyelaras JAPERUN /Penghulu atau Pengerusi MPKK.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:
Pengurus Besar,
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang,
Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka
No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 3202/3205/3213/3214/3215
Tarikh tutup penghantaran borang pada 9 Mac 2020. Jika tidak menerima sebarang maklumbalas dalam masa 2 minggu selepas tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
Tajaan program ini terhad kepada 40 Anak Melaka sahaja. Penginapan disediakan termasuk makan dan minum di ILSAS, Bangi sepanjang tempoh program 90 hari (5 bulan).
Syarat Kelayakan Permohonan:
- Pemohon adalah Anak Melaka dan bermastautin di negeri Melaka;
- Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka;
- Pemohon adalah pengundi di negeri Melaka;
- Pemohon berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun;
- Mendapat kebenaran majikan bagi yang sedang berkhidmat;
- Kelayakan akademik dan pengalaman bekerja seperti berikut:
- Pemohon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu. Atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM);
- Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun dalam persekitaran kelengkapan dan mengawal kelengkapan elektrik hidup.
- Pemohon mempunyai Sijil dalam Kejuruteraan Elektrikal (Politeknik) atau Sijil Perakuan Pendawai Elektrik Suruhanjaya Tenaga (Wireman);
- Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada dua tahun dalam persekitaran kelengkapan dan mengawal kelengkapan elektrik hidup.
Cara Memohon Tajaan Penuh TNB & Kerajaan Negeri Melaka Bagi Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0:
Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan melekatkan sekeping gambar terbaru berukuran pasport.Sila muat turun Borang Permohonan Program Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0 Sepenuh Masa (Sistem Voltan Rendah Bawah 1kV Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa) Anak Melaka - Program Julai hingga November 2020 dan Lampiran 1.
Sila sediakan dokumen-dokumen berkaitan dan perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan berjawatan tetap Gred 41 dan ke atas / Penyelaras JAPERUN /Penghulu atau Pengerusi MPKK.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang,
Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka
No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 3202/3205/3213/3214/3215
Tarikh tutup penghantaran borang pada 9 Mac 2020. Jika tidak menerima sebarang maklumbalas dalam masa 2 minggu selepas tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: TAPEM