Permohonan Online Mengikuti Pengajian Ke IPT Timur Tengah (Mesir / Jordan) Sesi 2020/2021 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Online Mengikuti Pengajian Ke IPT Timur Tengah (Mesir / Jordan) Sesi 2020/2021

Permohonan Online Mengikuti Pengajian Ke IPT Timur Tengah (Mesir / Jordan) Sesi 2020/2021 ditawarkan kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM) yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam.

Permohonan bagi lepasan STAM, SPM dan Qiraat adalah secara atas talian dan akan dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa).

Syarat Kelayakan Mengikuti Pengajian Ke IPT Timur Tengah:


Cara Memohon Mengikuti Pengajian Ke Universiti Mesir / Jordan:

  • Pastikan anda membaca Panduan dan Prosedur Permohonan Melanjutkan Pengajian di Timur Tengah (Mesir dan Jordan) sebelum mengisi permohonan atas talian;
  • Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan atas talian. Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah aktif, nama penuh dan no. kad pengenalan anda adalah betul dan tepat;
  • Setelah membuat pendaftaran, anda perlu log masuk ke dalam sistem etimurtengah di pautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah bagi melengkapkan maklumat permohonan;
  • Anda hanya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi SATU (1) negara dan SATU (1) bidang sahaja. Anda juga dinasihati supaya membuat permohonan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan;
  • Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum tekan butang simpan dan hantar;
  • Permohonan bagi lepasan STAM akan ditutup pada 3 Februari 2020 (Isnin) pada jam 11.59 malam. Pemakluman kepada pelajar yang layak mohon akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Februari. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada 13 Mac 2020 (Jumaat);
  • Permohonan bagi lepasan SPM dan Diploma Qiraat akan ditutup pada 9 April 2020 (Khamis) pada jam 11.59 malam. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada 30 April 2020 (Khamis);
  • Sila ambil perhatian bahawa permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja;
  • KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri;
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

  • Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

    No. Tel : 03-8870 6627/ 6226
    No. Faks. : 03-8870 6853

    Google : timurtengah@bem
    Facebook : Education Malaysia Division

Permohonan Mengikuti Pengajian Ke IPT Timur Tengah (Mesir / Jordan) Sesi 2020/2021
Tarikh tutup:

3 Februari 2020 (Lepasan STAM)
9 April 2020 (Lepasan SPM / Diploma Qiraat)
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Bahagian EM

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)