Permohonan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah (Sarjana / Doktor Falsafah) 2020 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah (Sarjana / Doktor Falsafah) 2020

Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah (Sarjana / Doktor Falsafah) 2020 | Pegawai Kerajaan Negeri Sabah yang layak adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah di institut pengajian yang diiktiraf di dalam dan luar negara selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan pegawai kerajaan berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi .

Kriteria Mod Pengajian Tajaan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah:

Sarjana (Sepenuh Masa) Doktor Falsafah (Sepenuh Masa)
Kriteria Calon
  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda
  2. Umur tidak melebihi 45 tahun
  3. Terbuka kepada Gred 41 dan ke atas
Kriteria Calon
  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana
  2. Umur tidak melebihi 45 tahun
  3. Terbuka kepada Gred 41 dan ke atas
Pengajian Dalam Negeri Sabah

Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Pengajian Dalam Negeri Sabah

Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Pengajian Luar Negeri Sabah (Dalam Malaysia)

Kemudahan Biasiswa dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Pengajian Luar Negeri Sabah (Dalam Malaysia)

Kemudahan Biasiswa dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Pengajian Luar Negara Kemudahan Biasiswa dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Pengajian Luar Negara Kemudahan Biasiswa dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Senarai Program Tajaan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah:

Senarai bidang pengajian yang diberikan keutamaan adalah seperti di jadual di bawah.

Sarjana (Master)
Pengurusan Alam Sekitar / Sains Perhutanan / Sains Komputer (Teknologi Maklumat) / Perundangan / Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan Sumber Manusia / Perakaunan / Kejuruteraan / Agro-Makanan (Pertanian, Ternakan dan Akuakultur) / Dasar dan Pentadbiran Awam / Pelancongan dan Hospitaliti / Data Sains dan Analitik

Doktor Falsafah (PhD)
Agro-Makanan (Pertanian, Ternakan dan Akuakultur) / Dasar dan Pentadbiran Awam / Perdagangan dan Perindustrian / Kejuruteraan Perisian / Ekonomi dan Kewangan / Data Sains dan Analitik

Kursus Pengajian Universiti Dalam Negara hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Keutamaan diberi kepada bidang pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Luar Negara terkemuka dunia berdasarkan The Times Higher Education World University Rankings 2020.

Syarat Kelayakan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah:

  • Pegawai berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun;
  • Lantikan Tetap;
  • Terbuka kepada semua Skim Perkhidmatan;
  • Purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) adalah lapan puluh lima peratus (85%) bagi tempoh dua (2) tahun terkini;
  • Telah mendapat tawaran pengajian daripada universiti;
  • Lulus ujian IELTS/TOEFL bagi pengajian luar negara;
  • Mendapat sokongan Ketua Jabatan;
  • Bebas daripada Tindakan Tatatertib.

Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan di bawah. Sistem Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh dibuat Bahagian Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di talian 088-368600 / 088-368651 / 088-368721 (Tn. Mohd Azri) / 088-368717.

Permohonan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah
Tarikh tutup: Terbuka *
* Bergantung kepada baki kuota / peruntukan.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: JPANS

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)