Permohonan Bantuan Pendidikan (BaktiDesa) KPLB 2020 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Bantuan Pendidikan (BaktiDesa) KPLB 2020

Permohonan Bantuan Pendidikan (BaktiDesa) KPLB | Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin / miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

Permohonan Bantuan Pendidikan (BaktiDesa) KPLB
Tempoh permohonan: Enam (6) bulan setelah memulakan pengajian
Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara "one off" sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kadar bantuan bagi setiap peringkat pengajian adalah sepertimana di Jadual:

Syarat Kelayakan Bantuan Pendidikan (BaktiDesa) KPLB:

Syarat-syarat yang melayakkan pelajar untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB adalah seperti berikut:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 di bawah:
  • Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
  • Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan
  • Permohonan perlu dikemukakan selewatnya dalam tempoh enam (6) bulan setelah memulakan pengajian.

Senarai Dokumen Wajib Untuk Permohonan Bantuan Pendidikan (BaktiDesa) KPLB:

Semua Salinan dokumen di bawah perlu disahkan oleh pegawai kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP / MRSM / Sekolah Asrama Harian / Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
  • Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP / MRSM / Sekolah harian / Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
  • Salinan Penyata Pendapatan Bulanan / Slip gaji bulanan ayah / ibu atau waris / penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan / slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan; dan
  • Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank / Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.

Cara Memohon Bantuan Pendidikan (BaktiDesa) KPLB:

Bermula 01 Januari 2020, pihak urus setia hanya menerima permohonan bantuan secara atas talian sahaja (online).

Borang Permohonan Online Bantuan Pendidikan (BaktiDesa) Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Portal KPLB

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)