Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor & Dermasiswa Zakat MAIS (Mesir & Jordan) | Pelajar lepasan SPM dan STAM 2019 adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat MAIS bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Mesir dan Jordan dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Ulum Islamiah Sesi 2020/2021.
Bagi Dermasiswa Zakat, setiap pemohon akan dinilai berdasarkan pengiraan had kifayah yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat-syarat am seperti berikut:
Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor & Dermasiswa Zakat MAIS (Mesir & Jordan) Sesi 2020/2021: Borang Permohonan Biasiswa Mesir 2020
Borang Permohonan Biasiswa Jordan 2020
Borang Pengesahan Kesihatan
Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja.
Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga. Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi, Bahagian Pendidikan Islam JAIS di talian 03-55143576 atau emel ke unitpengajiantinggibpi@jais.gov.my.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Unit Pengajian Tinggi,Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
Bagi Dermasiswa Zakat, setiap pemohon akan dinilai berdasarkan pengiraan had kifayah yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat-syarat am seperti berikut:
- Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia;
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor.
Syarat-syarat Kelayakan Khusus:
- STAM 2019 - (Mesir) Pengajian Islam / Bahasa Arab
- Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM; DAN
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris SERTA sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab;
- Sekurang-kurangnya memperolehi kepujian bagi mata pelajaran selebihnya; DAN
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Tahfiz al-Quran (SKTQ) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.
- SPM 2019 - (Mesir) Ulum Islamiah
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A-, bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu`asarah, Pengajian Syariah Islamiah / Al-Syariah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah / Usul al-Din, ATAU Manahij al-Ulum al-Islamiah / Al-Adab wa al Balaghah; SERTA
- Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya;
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU
- Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.
- SPM 2019 - (Jordan) Pengajian Islam / Bahasa Arab

Cara Memohon Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor:
Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2020/2021 sahaja akan diproses.Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor & Dermasiswa Zakat MAIS (Mesir & Jordan) Sesi 2020/2021: Borang Permohonan Biasiswa Mesir 2020
Borang Permohonan Biasiswa Jordan 2020
Borang Pengesahan Kesihatan
Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja.
Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga. Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi, Bahagian Pendidikan Islam JAIS di talian 03-55143576 atau emel ke unitpengajiantinggibpi@jais.gov.my.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa

Sumber: Portal TKWBNS