Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor & Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara Tahun 2020 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor & Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara Tahun 2020

Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor & Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara Bagi Pengajian di Jordan dan Maghribi | Pelajar adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah di Jordan dan Maghribi bagi tahun 2020.

Kadar tajaan bagi Pinjaman Bolej Ubah adalah RM15,000 setahun bagi semua peringkat pengajian, manakala Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar adalah biasiswa penuh yang merangkumi yuran pengajian, tiket penerbangan pergi dan balik, elaun sara hidup, elaun penginapan, elaun buku, dan lain-lain elaun.

Tajaan adalah bermula daripada tarikh kuatkuasa surat tawaran sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Pembiayaan yang diberikan dalam bentuk Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah akan diberikan pengurangan bayaran balik berdasarkan keputusan terakhir peperiksaan dan dasar semasa TKWBNS.


Syarat-syarat Kelayakan Am:

Semua pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
  • Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Selangor;
  • Telah memulakan pengajian secara sepenuh masa diperingkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD;
  • Bukan pelajar semester terakhir atau diberikan lanjutan tempoh Pengajian;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 20,000 sebulan;
  • Pelajar dan / atau Ibu dan / atau Bapa dan / atau ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.

Syarat-syarat Kelayakan Akademik:

Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
  • Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya JAYYID (GOOD) dalam peperiksaan terkini bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (Jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A-, bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah; SERTA
  • Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.

** Keutamaan akan diberikan kepada anak Selangor yang mempunyai keputusan akademik yang CEMERLANG.

Cara Memohon Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor:

Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor & Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara Tahun 2020, sertakan bersama:
  • 1 salinan penyata CCRIS terkini;
  • 1 salinan penyata KWSP (ibu, bapa / penjaga yang mencarum KWSP);
  • 1 salinan penyata kewangan syarikat bagi tahun semasa (ibu, bapa / penjaga yang berniaga dan memiliki syarikat sendiri.

Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan hendaklah diemelkan kepada tkwbns@selangor.gov.my

Borang permohonan yang asal hendaklah disimpan dan dibawa semasa sesi temuduga yang akan dijalankan di negara pengajian masing-masing.

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia berikut:

Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Bahagian Pengrusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tel: 03-5521 2275 / 03-5544 7543
Emel: tkwbns@selangor.gov.my

Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir
Asrama Selangor Kaherah
Kompleks Asrama Pelajar-Pelajar Malaysia
Tooba El Ramly, El Hayyu El'Asyir
Nasr City Kaherah Mesir
Tel: +201100107280 / 011-48542004
Emel: atasependidikanselangor@gmail.com

Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor & Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara
Tarikh tutup: 14 Februari 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Portal TKWBNS

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)