Dermasiswa Luar Negara Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIAMP) 2020 ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus Pengajian Islam dan Perubatan di Indonesia atau selain daripada Negara Timur Tengah (bagi Pelajar yang pernah menerima bantuan MAIPk).
Permohonan juga dibenarkan kepada pelajar yang PERNAH MENERIMA bantuan MAIPk. Sila baca syarat-syarat kelayakan seterusnya daftar untuk memohon bantuan dermasiswa jika anda telah layak memenuhi syarat-syarat tersebut.
Bahagian Agihan Zakat,
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
Indonesia, Morocco & Lain-lain Negara
No. Tel: 05 208 4000/4079/4088
Pn. Sharifah/ Pn. Hidayu
Mesir & Jordan
+201098569800
Ustaz Tasyreef
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
Permohonan juga dibenarkan kepada pelajar yang PERNAH MENERIMA bantuan MAIPk. Sila baca syarat-syarat kelayakan seterusnya daftar untuk memohon bantuan dermasiswa jika anda telah layak memenuhi syarat-syarat tersebut.
Syarat Kelayakan Permohonan Dermasiswa MAIAMP:
- Beragama Islam;
- Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap;
- Lahir dan menetap di negeri Perak atau telah bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak;
- Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kursus pengajian yang diambil mestilah mendapat pengiktirafan dari JPA;
- Pemohon belum mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak;
- Semua permohonan ke luar negara hendaklah berdaftar dan mendapat tawaran belajar ke luar negara daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM);
- Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang daripada setahun serta dilaksanakan secara sepenuh masa;
- Keutamaan kepada ibubapa / penjaga pemohon yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin serta tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian.
Cara Memohon Dermasiswa Luar Negara MAIAMP:
- Bagi pelajar luar negara yang pernah menerima bantuan sebelum ini, sila semak kelayakan terlebih dahulu sebelum mendaftar;
- Untuk permohonan kali pertama, sila muat turun Borang Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Luar Negara MAIAMP;
- Permohonan dibenarkan kepada pelajar yang PERNAH MENERIMA bantuan MAIPk;
- Permohonan bagi KALI PERTAMA / TAHUN PERTAMA hendaklah dibuat terus melalui pejabat MAIPk atau langkah-langkah seperti dinyatakan di atas;
- Permohonan hanya dibenarkan SEKALI sahaja bagi tahun yang sama;
- Negara yang dibenarkan dalam permohonan ini ialah INDONESIA atau selain daripada Negara Timur Tengah (Pelajar yang pernah menerima bantuan MAIPk);
- Pelajar dalam Negara TIDAK dibenarkan untuk memohon menggunakan portal ini;
- Pemohon yang mengikuti kursus PENGAJIAN ISLAM dan PERUBATAN sahaja DIBENARKAN memohon;
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
- Surat pengesahan pengajian terkini (Surat tasdiq/ Isbat tholib);
- Slip keputusan peperiksaan terkini;
- Surat pengesahan pendapatan atau slip gaji/pencen ibu / bapa, penjaga;
- Muka hadapan akaun bank;
- Salinan surat pengesahan tinggal (Mastautin) Ibu Bapa di Negeri Perak.
- Setelah dilengkapkan, sila scan dan emel kepada Pn. Sharifah di alamat sharifahnurulain@maiamp.gov.my;
- Sila sertakan semua dokumen utama dan dokumen tambahan yang dinyatakan dalam borang permohonan;
- Hanya borang yang lengkap akan diproses;
- Sebarang pertanyaan berkaitan dermasiswa boleh diajukan kepada:
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
Indonesia, Morocco & Lain-lain Negara
No. Tel: 05 208 4000/4079/4088
Pn. Sharifah/ Pn. Hidayu
Mesir & Jordan
+201098569800
Ustaz Tasyreef
=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Portal MAIAMP
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Portal MAIAMP