Pinjaman Pendidikan Program Graduan Cemerlang MARA 2019 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Pinjaman Pendidikan Program Graduan Cemerlang MARA 2019

Program Graduan Cemerlang (Graduate Excellence Programme - GrEP) 2019 merupakan tawaran pinjaman pendidikan MARA kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara.

Dalam abad ke-21, inovasi sains dan teknologi telah menjadi keutamaan seiring dengan cabaran globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Selari dengan itu, bidang STEM menjadi keutamaan bagi menangani cabaran masa hadapan yang kompetitif dan mencabar bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga serantau dan global.

Senarai Bidang Pengajian Program Graduan Cemerlang MARA:

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  1. Alam Bina: Senibina Part II, Rekabentuk Dalaman
  2. Multimedia: Animasi 3D, Rekabentuk Industri, Computer-Generated Imaginary Technology (CGI), Cinematografi
  3. Information & Communication Technologies (ICT): Autonomous Robots, Artificial Intelligence, Internet of Things (IoT), Simulation, Big Data Analytics, Cyber Security, System Integration, New Computing Technologies, Financial Data System, Cyber Military, Cloud Computing, Software Engineering, Web & Application Development, Science Data
  4. Aeroangkasa & Industri Rel: Aero Komposit, Rekabentuk Pesawat, Teknologi Satelit, Rel Teknologi, Space Technologies
  5. Kejuruteraaan: Elektrikal, Mekatronik, Mekanikal, Kimia, Neuroteknologi, Geoengineering / Environmental Engineering, Telekomunikasi, Nuklear, Advance Materials
  6. Sains: Metereologi, Sains Persekitaran, Pengajian Sains Atmosfera, Pemuliharaan Alam Sekitar, Astronomi, Sains Komputer, Geonomic Science
  7. Sains Perubatan: Veterinar, Psikiatri, Farmasi, Radiografi, Bio-Perubatan, Biologi Gunaan, Bioteknologi, Molecular Biology & Genetic
  8. Sains Sosial: Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam, Perakaunan, Kewangan, Digital Banking, Forensic Accounting

Syarat Kelayakan Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA:

Syarat Kelayakan Umum:
  • Pemohon adalah berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Bagi peringkat Sarjana, umur pemohon tidak melebihi 40 tahun (Dalam Negara) atau 35 tahun (Luar Negara), manakala umur pemohon peringkat Doktor Falsafah tidak melebihi 45 tahun (Dalam Negara) atau 40 tahun (Luar Negara) pada 31 Disember 2019;
  • Telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan dalam Syarat Kelayakan Akademik;
  • Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2019;
  • Salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Pengajian Dalam Negara: Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian Awam (Universiti Awam) dan Institusi Pendidikan MARA (IPMa);
  • Pengajian Luar Negara: Mendapat tawaran tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara daripada 10 Universiti Terbaik mengikut Negara DAN 30 Universiti Terbaik Dunia mengikut Bidang (Top 10 Universities by Countries AND Top 30 World Ranking University by Subjects) di bawah QS World University Ranking 2019. Walaubagaimanapun pertimbangan kepada pemilihan universiti juga tertakluk kepada keperluan pendidikan dan keperluan industri;
  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti;
  • Tidak mendapat bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama;
  • Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan;
  • Pemohon / Ibu / Bapa / Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA;
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik / disiplin;
  • Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.
Syarat Kelayakan Akademik:
  • Sarjana (Dalam Negara)
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
  • Sarjana (Luar Negara)
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya;
    • Memperolehi IELTS 6.5.
  • Doktor Falsafah (Dalam Negara)
    • Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.
  • Doktor Falsafah (Luar Negara)
    • Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya;
    • Memperolehi IELTS 6.5.
Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Syarat Program Graduan Cemerlang MARA:

  • Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
  • Permohonan terbuka untuk pengajian secara kerja kursus (Course Work) atau penyelidikan (Research) secara SEPENUH MASA termasuk Mixed Mode (Kerja Kursus dan Dissertation);
  • Hanya pemohon yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang yang dinyatakan dan Institusi Pengajian Tinggi yang disenaraikan sahaja akan dipertimbangkan.

Tempoh Pinjaman Program Graduan Cemerlang MARA:

Tempoh pinjaman bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
  • Sarjana: 1 – 2 tahun;
  • Doktor Falsafah: 3 tahun;

Cara Memohon Pinjaman Pelajaran Program Graduan Cemerlang MARA:

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari portal rasmi MARA mulai 15 Februari sehingga 25 Februari 2019;
  • Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya;
  • Semua keputusan adalah muktamad;
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
  • Bahagian Penganjuran Pelajaran
    Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA,
    21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

    Telefon: 03-2613 2059 / 35032 / 32067
    Emel: pascasiswazah@mara.gov.my
Pinjaman Pendidikan Program Graduan Cemerlang MARA
Tarikh tutup: 25 Februari 2019
Sumber: Portal MARA

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)