Tawaran Penajaan / Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Ijazah Lanjutan) 2019 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Penajaan / Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Ijazah Lanjutan) 2019

Tawaran Penajaan / Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Ijazah Lanjutan) 2019 ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) secara sepenuh masa / separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.

Selain bertujuan untuk membangunkan warga pendidik yang kompeten bagi memenuhi keperluan strategik pendidikan negara demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025, pemberian penajaan atau kemudahan Cuti Belajar ini juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbangkan idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh Kementerian.

Bagi tahun 2019, KPM membuka tawaran penajaan CBBP (Dengan Biasiswa) / HLPS kepada PPP untuk melanjutkan pengajian dalam bidang dan pengkhususan berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM. Sila muat turun lampiran berikut untuk meklumat berkaitan Senarai Bidang Pengajian.

Senarai Bidang Pengajian Tajaan CBBP DB / HLPS:

Syarat Kelayakan Umum Permohonan CBBP (Dengan Biasiswa) / HLPS:

  • Pegawai hendaklah mempunyai iltizam, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan perwatakan / sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi;
  • Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya, berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan; dan
  • Belum memulakan pengajian di mana-mana Universiti Awam di dalam atau luar negara;
  • Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya Januari 2015) pada tarikh tutup permohonan (bagi pemohon HLPS);
  • Pegawai juga perlu menepati syarat-syarat khusus yang ditetapkan.

Cara Memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh (Dengan Biasiswa) / Hadiah Latihan Persekutuan Secara Separuh Masa / Sambilan:

  • Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://epenawaran.moe.gov.my mulai 24 Januari 2019 sehingga 13 Februari 2019 (11.59 malam);
  • Calon adalah dikehendaki untuk mengemas kini Modul Operasi Data Guru (eOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang bertugas di sekolah kerana maklumat dalam Sistem e-Penawaran ini diintegrasikan dengan Sistem e-Penawaran tersebut. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemas kini sewaktu permohonan, perubahan dan pengemaskinian perlu dibuat melalui Sistem e-Operasi atau Sistem e- Penawaran tersebut;
  • Calon adalah diingatkan agar memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih (termasuk maklumat kesihatan). Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak;
  • Sekiranya didapati maklumat adalah PALSU, Kementerian berhak untuk menolak permohonan dan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh dikenakan terhadap pegawai;
  • Calon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut;
  • Setelah mengisi dan menghantar permohonan dalam talian, calon dikehendaki untuk menyimpan slip dan borang permohonan sebagai rujukan pada masa akan datang;
  • Permohonan melalui Sistem e-Penawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, permohonan TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM untuk sebarang tindakan lain;
  • Permohonan yang tidak mematuhi syarat / permohonan yang tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak;
  • Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam tempoh tawaran permohonan ini dibuka;
  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan garis panduan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:

  • Bahagian Biasiswa & Pembiayaan (pertanyaan umum berkaitan program):
    Telefon (hotline): 03-8888 1616
    Telefon (alternatif) : 03-8870 6370 / 6387 / 6369
    E-mel : epenawaran@moe.gov.my

    Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
    Telefon (hotline): 03-8884 3717
    E-mel : helpdesk@moe.gov.my
    Meja Bantuan: http://intranet.moe.gov.my/Helpdesk/

    (untuk capaian pegawai di Bahagian KPM sahaja)
Tawaran Penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Ijazah Lanjutan 2019
Tarikh tutup: 13 Februari 2019
Sumber: KPM

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)