Biasiswa Yayasan Top Glove 2019 ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di institusi-institusi pengajian awam tempatan. Pemohon yang berjaya akan diberikan biasiswa berdasarkan bidang pengajian seperti berikut:
Pemohon yang berjaya dikehendaki untuk berkhidmat dengan TOP GLOVE GROUP OF COMPANIES berdasarkan tempoh tajaan yang diterima. Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan untuk menghadiri sesi temuduga.
- Sehingga RM 8000 setahun untuk bidang Seni, Undang-undang, Pengurusan;
- Sehingga RM 9000 setahun untuk bidang Sains dan Kejuruteraan;
- Sehingga RM 10000 setahun untuk bidang Perubatan dan Pergigian.
Senarai Program Tajaan Biasiswa Top Glove Foundation:
- Kejuruteraan Mekanikal / Elektrikal / Kimia;
- Kimia / Biokimia / Fizik / Matematik;
- Sains Polimer / Sains Gunaan;
- Perubatan;
- Pergigian;
- Perundangan;
- Kewangan & Pengurusan Perniagaan;
- Kejuruteraan Awam.
Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Yayasan Top Glove:
- SPM/O-Level: 10A+/A dalam subjek berkaitan, termasuk bahasa Inggeris; atau
- UEC: 3A; atau
- STPM: PNGK minimum 3.5, pertimbangan berdasarkan subjek-subjek yang berkenaan;
- Telah mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di universiti awam tempatan;
- Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum;
- Belum mendapat tajaan biasiswa / pinjaman pelajaran daripada organisasi lain (termasuk PTPTN);
- Latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.
Cara Memohon Biasiswa Top Glove Foundation:
- Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Top Glove Foundation.
- Lengkapkan borang permohonan bertulisan tangan. Borang yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
- Lampirkan salinan dokumen yang telah disahkan. Sila rujuk senarai semak dokumen yang diperlukan di dalam borang. Dokumen asal hanya perlu ditunjukkan ketika sesi temuduga.
- Borang yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama dokumen sokongan kepada alamat berikut:
Scholarship Application
LOT 4969, BT 6, JLN TERATAI, OFF JLN MERU,
41050 SELANGOR D.E. MALAYSIA.
Tel: +603-3392 1992 / 1905
Fax: +603-3392 1291 / 8410
Email : tgscholarship@topglove.com.my
Pemohon yang berjaya dikehendaki untuk berkhidmat dengan TOP GLOVE GROUP OF COMPANIES berdasarkan tempoh tajaan yang diterima. Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan untuk menghadiri sesi temuduga.
Sumber: Top Glove Foundation