Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) Sesi 2020/2021 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) Sesi 2020/2021

Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) ditawarkan kepada warganegara Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Lepasan Ijazah secara sepenuh masa untuk sesi akademik 2020/2021.

Tawaran biasiswa ini meliputi pembiayaan ke atas bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bulanan, insurans kesihatan serta tiket kapal terbang ekonomi pergi­ balik (jika berkaitan). Tajaan biasiswa pada tahun ini tertumpu khas kepada Sustainability Science, selaras dengan bidang yang diluluskan untuk menyokong Sustainable Development Goals (SDGs).

Senarai Program Tajaan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) 2020:

1. Undergraduate Programme
2. Master’s Programme
3. PhD Programme and Post-doctoral Research Programme
4. IsDB-ISFD for Vocational Education & Training (VET)
5. Bachelor studies for the IsDB 21 Least Developed Member Countries (LDMCs)

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB):

Untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai program dan syarat kelayakan bagi setiap peringkat pengajian, sila muat-turun lampiran-lampiran berikut:
Link Permohonan
Scholarship Announcement
Link Maklumat Program
Senarai Bidang
Syarat Permohonan Cuti Belajar (Lampiran I)

Cara Memohon Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB):

  • Permohonan perlu dikemukakan secara dalam talian melalui laman sesawang Islamic Development Bank;
  • Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar untuk mengakses Sistem Biasiswa IsDB;
  • Sila maklum bahawa pihak IsDB tidak mengenakan sebarang bayaran untuk proses permohonan biasiswa dan pemohon dinasihatkan untuk tidak mengirim wang kepada mana-mana pihak.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dibuat melalui e-mel kepada scholar@isdb.org.
Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB)
Tarikh tutup: 28 Februari 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: IsDB

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)