Biasiswa JPA - Mekanisma Pinjaman Boleh Ubah (PBU) - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Biasiswa JPA - Mekanisma Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Kerajaan telah bersetuju dengan Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti butiran berikut:

Program-program Penajaan JPA bagi tahun 2016 ialah:
  • Program Penajaan Nasional (PPN);
  • Program Khas Kejuruteraan;
  • Program Ijazah Dalam Negara; dan
  • Program Lepasan Bursary di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.


Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di mana perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:
  • Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian mengikut tempoh yang telah dipersetujui di dalam perjanjian;
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; atau
  • Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar tidak bekerja atau bekerja di luar negara, memilih untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.
Harap maklum.

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)