Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditawarkan kepada pelajar dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi bukan sahaja di universiti awam dan swasta yang terpilih, tetapi juga di universiti-universiti terkenal di luar negara, khususnya di United Kingdom dan Australia.
Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB ditawarkan untuk bidang yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan PNB seperti perakaunan, kewangan, undang-undang, matematik, sains aktuari dan kejuruteraan. Pelajar-pelajar yang terpilih perlu menjalani program A-Level selama dua tahun.
Sebarang keputusan PNB berkaitan permohonan biasiswa ini adalah muktamad.

Bidang Tajaan Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB):
- Ekonomi;
- Hartanah;
- Kejuruteraan Alam Sekitar (Green Engineering);
- Matematik dan Ekonomi;
- Matematik dan Statistik;
- Matematik dan Statistik (Kewangan);
- Pengurusan hospitaliti;
- Pengurusan Risiko;
- Penulisan Kreatif;
- Perakaunan;
- Kewangan;
- Sains Aktuari;
- Teknologi Maklumat;
- Undang-undang.
Syarat Kelayakan Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB):
- Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam SPM 2015;
- Memperoleh minimum gred 2A bagi subjek Bahasa Inggeris GCE-O SPM 2015;
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2016;
- Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan, kualiti kepimpinan dan semangat kerja berpasukan yang tinggi;
- Mempunyai kemahiran sosial dan komunikasi yang cemerlang; dan
- Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.
Cara Memohon Biasiswa PNB:
- Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Luar Negara PNB 2016;
- Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke:
Permodalan Malaysia Berhad (PNB)
Tingkat 38, Menara PNB
201-A, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Sebarang keputusan PNB berkaitan permohonan biasiswa ini adalah muktamad.
Sumber: PNB