Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ditawarkan untuk calon-calon yang berkelayakan dalam kalangan Anak-Anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa.
Bagi kemasukan pada bulan Februari / Mac, tarikh tutup adalah pada 5 Februari 2016. Manakala tarikh tutup untuk kemasukan bulan September adalah pada 12 Ogos 2016.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.
YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 11, Menara DBKL 3,
Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur
Tel: +603 2698 3073
Faks:+603 2698 3075
Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.
Bagi kemasukan pada bulan Februari / Mac, tarikh tutup adalah pada 5 Februari 2016. Manakala tarikh tutup untuk kemasukan bulan September adalah pada 12 Ogos 2016.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Program Tajaan Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi):
- Undang-undang;
- Perakaunan;
- Kejuruteraan;
- Senibina;
- Ukurbahan;
- Veterinar;
- Akaun / Kewangan;
- Teknologi Komputer dan Maklumat;
- Ekonomi;
- Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan;
- Psikologi dan Kaunseling;
- Sains Gunaan;
- Sains Sosial;
- Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP.
Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi):
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- Lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan);
- Pemohon / ibu / bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan;
- Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM;
- Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM, Matrikulasi, Asasi, Pra-Universiti, Foundation dan Diploma;
- Pengajian di peringkat ijazah pertama sahaja;
- Mempunyai sahsiah diri dan personaliti yang baik;
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain;
- Tawaran adalah tertakluk kepada:
- Penerimaan tawaran pengajian daripada IPTA;
- Kemasukan ke semester 1, tahun 1;
- Pengajian secara sepenuh masa.
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi):
- Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Pengajian Tinggi;
- Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR;
- Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport;
- Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:
- Surat Beranak;
- Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga;
- Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja;
- Surat tawaran kemasukan ke IPTA;
- Keputusan / transkrip peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Pra-Universiti, Foundation dan Diploma;
- Surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat.
- Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan hantarkan ke Yayasan Wilayah Persekutuan:
Tingkat 11, Menara DBKL 3,
Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur
Tel: +603 2698 3073
Faks:+603 2698 3075
Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.
Sumber: Yayasan Wilayah Persekutuan