Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Yayasan Cemerlang bekerjasama untuk menyediakan peluang pendidikan kepada golongan yang memerlukan seperti yang terkandung di dalam rangka kerja Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.
Skim Dermasiswa di bawah Program Dana Pendidikan MBSB 1 Malaysia ini adalah bantuan pendidikan yang merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup* pelajar sepanjang menjalani pendidikan tinggi di universiti-universiti tempatan yang terpilih.
Dermasiswa pendidikan ini ditawarkan untuk rogram ijazah sarjana muda di mana-mana universiti berikut:

Bidang Pilihan Dermasiswa Dana Pendidikan MBSB 1 Malaysia:
- Pentadbiran Perniagaan;
- Ekonomi;
- Syariah/Kursus berkaitan Islam;
- Kursus-kursus lain yang diluluskan MBSB.
Dermasiswa pendidikan ini ditawarkan untuk rogram ijazah sarjana muda di mana-mana universiti berikut:
- Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK);
- Universiti Teknologi MARA (UiTM);
- Universiti Malaya (UM);
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
- Universiti Sains Malaysia (USM);
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
- Universiti Putra Malaysia (UPM);
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
- International Islamic University Malaysia (IIUM).
Syarat Kelayakan Dermasiswa Dana Pendidikan MBSB 1 Malaysia:
- Warganegara Malaysia;
- Terbuka kepada pelanggan MBSB atau anak-anak mereka sahaja;
- Tiada bantuan kewangan daripada agensi lain;
- Untuk program ijazah sarjana muda sahaja;
- Aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum atau perkhidmatan khidmat masyarakat.
Cara Memohon Dermasiswa MBSB 1 Malaysia:
- Muat turun » Borang Permohonan Dermasiswa MBSB;
- Ikut arahan dalam borang permohonan;
- Hantarkan permohonan kepada:
CORPORATE COMMUNICATION DEPARTMENT,
5th Floor, Wisma MBSB,
48, Jalan Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
Sumber: Malaysia Building Society Berhad (9417-K)
*Terms and conditions apply
*Terms and conditions apply