Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang sedang meneruskan pengajian ataupun telah mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Sebanyak RM 8,500 ditawarkan kepada pelajar di IPTA untuk setiap tahun pengajian, manakala RM15,000 untuk pelajar IPTS.
Di samping menjalani latihan praktikal bersama syarikat, prestasi akademik penerima biasiswa juga akan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan kelestarian kecemerlangan kepimpinan syarikat tersebut.
Bidang Tajaan Biasiswa Yayasan KLK:
Syarat Kelayakan Minimum Biasiswa Yayasan KLK:
Cara Memohon Biasiswa Yayasan KLK:

- Sains Agrikultur atau bidang berkaitan;
- Sains (Kimia, Bioteknologi);
- Kejuruteraan Kimia;
- Kejuruteraan Mekanikal.
Tarikh tutup: 24 Ogos 2015
Syarat Kelayakan Minimum Biasiswa Yayasan KLK:
- Warganegara Malaysia;
- Keputusan akademik yang baik (STPM: minimum 2A / Asasi: PNGK 3.5 ke atas);
- Penguasaan bertutur dan menulis yang baik dalam bahasa Inggeris;
- Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum;
- Telah sah mendapat tawaran kemasukan daripada institusi pengajian tinggi;
- Tidak terikat, menerima biasiswa atau bantuan daripada mana-mana organisasi;
- Bersedia untuk berkhidmat dengan KLK selama tiga (3) tahun selepas tamat pengajian.
Cara Memohon Biasiswa Yayasan KLK:
- Muat turun dan lengkapkan » Borang Permohonan Biasiswa Yayasan KLK 2015;
- Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan:
- Hanya calon yang layak dan memenuhi kriteria sahaja akan dihubungi.
Wisma Taiko,
1 Jalan SP Seenivasagam,
30000 Ipoh Perak.
Sumber: Kuala Lumpur Kepong Berhad